Medan Selera IKEA : isu status halal

Anamarza
0
Makin ramai yang prihatin dengan status halal sesebuah premis menjual makanan mahupun restoran. Bagus la kan, jika makin ramai yang ambil kisah mungkin boleh memberi sedikit tekanan kepada restoran atau premis menjual makanan yang terkenal seperti Medan Selera IKEA untuk memohon sijil halal.


Bila tiada permohonan sijil halal dari restoran tertentu, kita sebagai pengguna tak boleh terus menjatuh hukum apatah menyebarkan info dengan mengatakan premis atau restoran tersebut tidak halal.

Apa yang patut kita buat sekiranya ada secebis rasa was - was dan timbul persoalan samaada restoran atau premis tertentu menyediakan makanan dari sumber yang halal atau sebaliknya?

Seeloknya kita jangan makan disitu, pilih la kedai atau restoran lain yang kita lebih yakini akan kehalalannya.

Tapi perlu diingat tak semestinya kedai makan yang pemiliknya 100% dimiliki dan diuruskan oleh orang islam itu menepati syarat halal. Dalam islam juga kebersihan diutamakan. So pilih la kedai makan yang bersih dan menyediakan makanan dari sumber yang halal.

Berbalik pada isu status halal Medan Selera IKEA , diharap ada inisiatif dipihak pengurusan IKEA untuk memohon sijil halal dalam waktu terdekat ni.....

Nota Jejari : Belum pernah merasa maksn di situ lg....
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)