Borang permohonan BR1M 3.0

Anamarza
1
Bermacam pendapat berkaitan dengan pemberian BR1M kan? Terutama bila menyentuh bab politik dan yang sewaktu dengannya.

Walau apa pun pendapat kalian berkaitan isu pemberian BR1M, rasanya kalau sememangnya anda layak untuk menerima BR1M tak salah rasanya anda ambil , bak kata orang dulu-dulu " Rezeki Jangan ditolak".


So pada yang belum memohon samada baru "layak" atau baru berhasrat ingin memohon, boleh nantikan pengumuman sebenar tarikh , syarat dan cara memohon dalam waktu terdekat. Secara tak rasminya permohonan BR1M 3.0 dijangka akan dibuka bermula Disember 2013. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai borang permohonan BR1M 3.0 anda boleh hubungi br1m3@treasury.gov.my atau hotline 1-800-222-50.

Sebagai makluman, borang permohonan BR1M 3.0 2014 online & offline boleh didapati secara mudah melalui :

~ kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : www.hasil.gov.my @ ebr1m.hasil.gov.my
~ pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
~ Jabatan Pembangunan Persekutuan
~ Jabatan Kebajikan Masyarakat
~ Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

Untuk makluman bagi yang masih kabur, permohonan BR1M 3.0 Terbuka Kepada 3 Kelompok :

1) Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah :
  • Nilai pemberian BR1M 3.0 RM650
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50

2) Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 – RM4,000 :
  • Nilai pemberian BR1M 3.0 RM450
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50

3) Individu bujang yang bekerja & berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah :
  • Terima BR1M 3.0 sejumlah RM300
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
Sumber : BeritaSemasa.com

Nota Jejari : Orang beri kita ambil, selagi mana ianya bukan rasuah.....

Post a Comment

1Comments

Post a Comment