Budak Diculik dilarikan guna Myvi

Anamarza
0
Entry ni bukan untuk mewar-warkan kes penculikan budak yang dilarikan oleh penculik menggunakan kereta Myvi.

Entry ini sekadar satu makluman dan peringatan kita bersama untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi atau share sesuatu berita tidak kira dilaman sosial atau sebaliknya. Pastikan dulu kesahihan berita/cerita tersebut baru kita share atau sebarkan. Jangan sampai kita ter"share' kes yang sudah lapuk atau cerita penculikan yang sebenarnya mangsa telah pun selamat ditemui.

Sebagai contoh kes dibawah:


KANAK-KANAK DILARIKAN GUNA MYVI-KES LAMA:
Sebaran semula hebahan kanak-kanak yang dilaporkan diculik menggunakan kenderaan Myvi adalah merupakan kejadian lama yang berlaku pada November 2012.
Kanak-kanak ini bukan diculik seperti hebahan dan kini selamat bersama keluarganya. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terus menyebarkan kes ini.
Sumber FB page Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )


Actually bukan kes diatas sahaja, ada beberapa kes lagi yang sudah agak lama tapi masih lg dikongsi/dishare . So jika anda terserempak dengan perkongsian kes lama seperti diatas, minta tolong jelaskan hal sebenar  kepada orang yang share berita/cerita tersebut agar mereka tahu.

Kita kena ingat tidak semua orang aktif berFB atau aktif dengan media sosial lainnya, jadi kemungkinan untuk mereka terlepas berita/cerita tersebut pada waktu yang sepatutnya dan hanya mengetahui berita/cerita tersebut setelah ianya agak lama berlaku adalah tidak mustahil.

Tapi jangan pula takut atau risau untuk berkongsi sesuatu berita/cerita kes penculikan, orang hilang atau sewaktu dengannya sebab ada sesetengah kes perkongsian melalui laman sosial boleh membantu mencari mangsa culik atau orang yang hilang dengan lebih cepat.

Cumanya pastikan berita/cerita yang ingin dikongsi itu :

  • Cerita/berita terkini 
  • Tiada halangan untuk dikongsi ( kerana ada sesetengah situasi lebih elok tidak disebarkan untuk mengelakkan dari kejadian yang lebih buruk berlaku)
  • Pastikan kesahihan sesuatu cerita/berita
  • Pastikan maklumat yang ingin disampaikan tepat 
  • tidak menokok tambah sesuatu cerita

Nota Jejari : Zaman perkongsian dihujung jari ada baik dan ada buruknya....
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)