Kebiasaanya jika alami batuk dan selsema, saya memang tak ambil sebarang ubat, hanya banyakkan berehat , banyakkan minum air suam dan ambil vitamin C sahaja. Tapi tetap monitor keadaan batuk dan selsema tersebut jika rasa ada kelainan dan teruk daripada biasa , suka atau tidak memang akan ke klinik juga.
Menurut Dr Zubaidi di dalam statusnya di FB page beliau, Wanita hamil yang mengalami batuk dan selsema tidak digalakkan mengambil ubat-ubatan kecuali jika keadaannya teruk sehingga boleh mengancam nyawa ibu dan bayi dalam rahim.
Dr Zubaidi mencadangkan wanita hamil agar meningkatkan daya ketahanan badan dengan cara :
- Makan makanan yang sihat dan seimbang. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Ini akan memberikan sumber mineral dan vitamin antioksida seperti vitamin C yang dapat membantu melawan jangkitan.
- Minum banyak air sekurang-kurangnya 1.5 L dalam sehari. Selain air mineral, boleh juga minum jus buah-buahan untuk rehidrasi dan melonggarkan lendiran yang pekat. Kurangkan minuman berkafein atau minuman manis.
- Berehatlah apabila rasa perlu untuk meminimakan tahap stres. Kadar stress yang tinggi akan menyebabkan daya tahan tubuh bertambah rendah.
- Bersenamlah dengan senaman ringan kerana ia menggalakan peredaran darah dalam badan dan membantu anda melawan jangkitan.
- Jika anda merokok, berhentilah. Pastikan juga rumah anda tiada orang yang merokok dan rumah tidak dipenuhi habuk.
- Ambil multivitamin untuk kehamilan. Untuk lebih kepastian dapatkan nasihat dari doktor
Nota Jejari : Masa hamil memang mudah untuk dijangkiti virus selsema atau batuk....