Harga gula naik bermula 26 oktober 2013

Anamarza
0
Seperti yang dah diwar-warkan sebelum pembentangan budget lagi, harga gula akan naik sama ada disebabkan pemotongan subsidi atau pemansuhan subsidi.



Sepertimana yang dah dibentangkan dalam bajet 2014 (Rujuk sedutan Teks Ucapan Bajet 2014 dibawah)  :
163 . statistik juga menunjukkan terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes. Sekiranya tidak dikawal, pesakit akan mendapat pelbagai komplikasi seperti sakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. Sehubungan itu, kerajaan mencadangkan untuk memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen berkuat kuasa 26 oktober 2013..... 

suka atau tidak suka esok ( 26 oktober 2013 ) harga gula bagi 1 kg akan naik menjadi RM 2.84 dari RM 2.50 disebabkan pemansuhan subsidi tersebut. Tak mustahil harga gula boleh mencecah RM 3.00 satu hari nanti kan?

Agaknya bagaimana dengan harga minuman dan kuih-muih manis esok (atau akan datang) ya?

Jika harga minyak diumum naik orang dah berpusu-pusu isi minyak malam sebelum kenaikan keesokan harinya, agaknya malam ni adakah orang ramai akan berpusu-pusu beli gula untuk dibuat stok juga?

Rasanya kalau la gula ni bukan dalam senarai Barang-barang kawalan, setiap kali musim perayaan pasti harga gula akan melambung naik dengan alasan kenaikan permintaan gula dipasaran. Mungkin juga setiap kali menjelang musim perayaan stok gula susah untuk didapati...

segala-galanya mungkin...

Sebenarnya ada baik buruk harga gula naik, mungkin juga la kan orang akan kurangkan penggunaan gula dalam minuman atau makanan. Tapi kalau yang dah memang sepanjang hidup dia dah terbiasa minum atau makan sesuatu yang maniiisss, even harga gula naik sekalipun dia tetap takkan kurangkan kuantiti gula yang digunakan.

Situasi ni sama macam bila harga rokok naik, tetap ramai yang hisap rokok bukan? Peratusan yang berhenti atau paling tidak kurangkan merokok tu agak kurang .

Perlu ada kesedaran dalam diri individu tersebut juga samaada dia mahu kurangkan gula atas faktor kesihatan atau kurangkan gula hanya kerana harga gula naik.

Nota Jejari : Kurang minat air atau kuih yang terlalu manis....
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)