3 ubat tradisional tidak berdaftar dan mengandungi racun berbahaya

Anamarza
1
Sebenarnya banyak lagi ubat tradisional yang tidak berdaftar dan ramai pengguna membeli dan menggunakannya. Lihat sahaja iklan di laman mukabuku, ada produk yang memang tidak berdaftar, ada produk yang dikatakan berdaftar tapi sebenarnya tidak. Samaada produk tersebut selamat digunakan tanpa dicampurpalsu atau dicemari dengan racun berjadual kita tidak pasti bukan?

Terbaru melalui siaran akhbar , Kementerian Kesihatan mendedahkan 3 ubat tradisional disahkan tidak berdaftar serta didapati mengandungi racun berbahaya. 3 ubat tradisional itu ialah:
  1. Majun Dua Istimewa

  2. Makjun Taufiq Dua Istimewa
  3. Madu Adunan Herba
Ujian mendapati 3 produk tradisional itu mengandungi 'dexamethasone' ( 'dexamethasone'= merupakan sejenis kortikosteroid dengan fungsi antiradang dan biasa diguna dalam rawatan alergi. Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaucoma. )

Untuk makluman kesan sampingan yang dilaporkan melibatkan produk/ubat tradisional Majun Dua Istimewa ialah:
  • peningkatan berat badan, 
  • peningkatan enzim hati yang mengakibatkan beberapa penyakit berkaitan hati, 
  • kegagalan fungsi buah pinggang secara akut, 
  • ‘Cushing’s Syndrome’yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil. 
  • muka membengkak, 
  • kegatalan dan kesan alergi, 
  • peningkatan kadar kolesterol dalam darah, 
  • sakit kepala, 
  • sakit perut, 
  • najis berdarah, 
  • muntah, 
  • sakit dada, 
  • tulang rapuh, 
  • sesak nafas, 
  • jangkitan kuman 
  • dan gangguan perjalanan darah pesakit.
Bagi produk Makjun Taufiq Dua Istimewa. Kesan-kesan sampingan yang dilaporkan ialah 
  • gangguan aliran darah dan ritma pada jantung, 
  • ruam, 
  • demam, 
  • keguguran rambut 
  • ‘Cushing’s Syndrome’ yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil.
Peringatan : Pesakit yang mengidap penyakit kencing manis adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk-produk diatas ( Majun Dua Istimewa , Makjun Taufiq Dua Istimewa, Madu Adunan Herba ) kerana ia boleh menyebakan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi yang serius.

Sumber : Siaran akhbar Majun Dua Istimewa , Siaran akhbar Makjun Taufiq Dua Istimewa, Siaran akhbar Madu Adunan Herba.

Nota Jejari : Selalu orang-orang tua yang makan, dan selalu juga nampak ubat tradisional diletakkan dimeja dikedai-kedai makan di luar bandar

Post a Comment

1Comments

  1. mmg tak makanlah makjun2 ni...

    nice info, berhati2 amik produk kesihtana..

    ReplyDelete
Post a Comment