2 tahun lepas beli sekarang baru pakai

Anamarza
5
Mesin buat mee / mi
Ingat lagi tak entry " Gadget Dapur dan anda! " . Dalam entry tu saya cuma sentuh peralatan elektrik yang jarang-jarang saya guna. Sebenarnya ada 1 peralatan lagi yang langsung saya tak guna  tapi lupa nak mention kat dalam entry tu.

Peralatan dalam gambar sebelah ni la, beli tahun 2010 , tahun 2012 baru la nak rasmi pakai buat pertama kali nya. Hhihi kekonon awal-awal pindah jengka dulu berkobar-kobar nak buat mee kuning sendiri. Last-last semangat tah kemana, mesin buat mee ni duk terperap je dalam kabinet (^_^)

Semalam buat pertama kalinya berjaya juga menguatkan semangat untuk mencuba. Semangat nak kembalikan nostalgia zaman sekolah dulu. Dulu mak saya memang rajin buat mee kuning sendiri , dan kitaorang la yang akan memutar mesin tu. Masa buat mee semalam tu, semua kenangan kembali berputar-putar dalam kepala serentak dengan tangan duk putar mesin mee tu.

Dan ni la hasilnya:


Mungkin asyik sangat imbau kenangan sampai ada kesilapan sedikit time membuatnya. Bila sedar tersilap langkah, mula la risau, risau mee tak menjadi. Alhamdulillah untuk cubaan pertama ni kira menjadi la, walau mee tu jadi ala-ala rambut kerinting sedikit. Nasib baik bila dah rebus kurang nampak kekerintingannya tu hehe

Resipi Homemade mee / mi kuning


Resipi ni saya ambil dari myresipi sumbangan tuntung15@myresipi. Tapi rasanya tuk cubaan yang seterusnya penggunaan air tu kena kurang kan dan buat guna 250gm tepung sahaja rasanya cukup la untuk kitaorang. 500gm tepung tu memang banyak dapat, boleh masak 2 kali.

Bahan-bahan ( 1.2 kilo mee )
 500gm tepung gandum
1 biji telur
Air (  1 biji telur + serbuk kunyit + air = 220ml )
Sedikit kunyit serbuk

 Tuk cara membuatnya boleh rujuk kat sini untuk penggunaan mesin auto dan di sini untuk penggunaan mesin manual.

Post a Comment

5Comments

  1. bagus juga ada mesin buat mee ni...sebab mostly mee yg dijual ada acid boric...

    ReplyDelete
  2. bulan posa nanti boleh buat mee sendiri.. :)

    ReplyDelete
  3. dah lama teringin memiliki..tp belum kesampaian

    ReplyDelete
  4. dapat makan mee yang fresh lagi...sedapnya...

    ReplyDelete
  5. rajinnya akak..si kecik tu tak kacau ke? kalau amie ni gerenti dah serender dah...ada je jerit sini jerit sana

    ReplyDelete
Post a Comment