Cara bersihkan buah & sayuran dari kesan racun perosak (Pesticides)
Sama ada kita sedar atau tak mahu ambil kisah , sebenarnya banyak buah dan sayuran yang terdedah dengan racun perosak kan?
Kerajaan kata tahap pencemaran sisa racun perosak terhadap sayur-sayuran dalam negara masih terkawal. Tu kata kerajaan hasil dari kajian secara rambang ke atas buah-buahan dan sayuran di beberapa kawasan.
Tapi yakin kah kita yang sayuran atau buah-buahan yang kita beli tu betul-betul selamat atau paling tidak pun pencemarannya pada tahap terkawal?
Mungkin bagi yang mampu dan mempunyai pilihan , mereka boleh memilih sayuran atau buahan yang ditanam dengan kaedah organik. Bagi yang memiliki masa dan ruang (tempat) pula mungkin boleh menanam sendiri . TAPI bagaimana pula yang sukar untuk memperolehi sayuran atau buahan organik dan tidak mempunyai masa apatah lagi tempat untuk bercucuk tanam?
Jika anda tergolong dalam kelompok sukar mendapatkan sayuran/buahan organik , juga tiada masa & ruang untuk menanam sendiri, apa yang anda boleh lakukan ialah :
ATAU
Boleh juga cuba buat cecair pembersih sayuran atau buahan sendiri dengan menggunakan :

- Memilih dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada dipasaran.
- Basuh dan cuci dengan sempurna. Menggosok dengan tangan keatas buah-buahan dan sayur-sayuran akan menghasilkan geseran yang kasar yang akan menghilangkan racun perosak yang digunakan. Jangan gunakan sabun, hanya gunakan air yang mengalir.
- Kupas dan buang kulit. Dinasihatkan untuk tidak memakan kulit buah-buahan seperti epal dan jambu batu, kerana kita tidak tahu sebanyak mana racun perosak yang masih melekat padanya. Walaupun nutrien banyak didapati pada kulit buah-buahan, oleh kerana adanya racun perosak ini, ia telah menidakkan khasiatnya. Kupas sayur dan buah untuk mengurangkan kotoran, racun perosak dan mikroorganiama kedalamnya.
- Masak makanan anda jika perlu. Panas dari makanan yang dimasak mungkin membunuh sebahagian dari racun perosak yang tidak hilang semasa membasuhnya.
- Basuh menggunakan pembersih khusus untuk sayuran dan buahan.
ATAU
Boleh juga cuba buat cecair pembersih sayuran atau buahan sendiri dengan menggunakan :
- Cuka makan yang dicampur dengan air, kemudian rendam sayuran atau buahan ke dalam campuran cuka dan air tersebut.
- Campurkan jus lemon , baking soda , cuka makan dan air , masukkan ke dalam botol penyembur (spray bottle) dan bila perlu spraykan sahaya ke permukaan kulit buah dan lap.
- Campurkan jus lemon , cuka makan dan air , masukkan ke dalam botol penyembur (spray bottle) dan bila perlu spraykan sahaya ke permukaan kulit buah dan lap.
Perkongsian yang bermanfaat. Selama ni kita beli purifier dekat Cosway. tak tahu pula boleh buat sendiri (^____________^) Kita nak copy paste article ni dekat blog kite boleh tak kak?
ReplyDeleteTerima kasih (^_________^)
Deletetips yang berguna, selalu basuh gitu aja...
ReplyDeleteohoo..boleh buat sndiri rupanya.
ReplyDeletemmg ada jual spray basuh buah/sayur tu, tapi saya biasanya cuma rendam sayur dgn garam beberapa minit.
tips yang bagus nih.. terima kasih ye..:)
ReplyDeletesabun cuci pinggan kat rumah selamat utk buat basuh sayur dan buah..mmg approve by EPA..so tak risau sangat..sejak2 baca pasal killer veggies aritu mmg hati2 sangat.. sbb sungguhpun sayur tu bagus tapi bila attach dengan pesticide dgn herbiside ni jadi tak elok jugak..nak beli organik mahal kemain..lagi pun kadang2 cap je organik.. entah ya entah tidak..
ReplyDelete