Gambar ni kalau tak silap merupakan Pameran Kesihatan yang dibuat oleh CAP (Consumer Association Of Penang). Pameran Kesihatan berkait dengan "Lemak Trans Beracun dalam Makanan yang di proses" .
Dalam gambar kat sebelah ni boleh nampak jenis makanan yang diproses yang :
- Dilabel mengandungi LEMAK TRANS
- Dilabel mengandungi LELEMAK
- Dilabel mengandungi LEMAK MINYAK BERHIDROGEN
Kebanyakan apa yang kita makan memang ada Lemak trans kan? So pepandai la kita nak had kan pengambilan makanan-makanan tu semua , kalau nak kata hentikan atau tak ambil langsung tu mungkin agak mustahil kan?
Cuma disini saya kongsikan apa yang dimaksudkan dengan lemak trans dan kenapa dikatakan ianya tidak elok untuk diambil.
Apa itu lemak Trans dan dari mana terhasilnya lemak trans?
Lemak trans adalah lemak tidak tepu; bermakna rantaian kimianya tidak dipenuhi hidrogen. Namun, apabila lemak tidak tepu menjalani proses hidrogenasi (penambahan hidrogen pada rantaian kimianya), ia menjadi satu rantaian baru menyebabkan lemak trans berada dalam keadaan pepejal pada suhu bilik.
Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang digunakan dalam pastri) dan gi sayuran (vegetable ghee). Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi.
Kenapa dan untuk apa Lemak Trans digunakan ?
Lemak trans digunakan untuk memperbaiki kualiti produk makanan, mengekalkan kesegarannya dan menaikkan rasa makanan supaya ia boleh berada di pasaran bagi tempoh lama.
Adakah Lemak Trans baik untuk di ambil?
Ia dikategorikan sebagai lemak yang sangat buruk (2 hingga 5 kali lebih teruk daripada lemak tepu) kerana asid lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan kolesterol baik.
Apakah risiko mengambil lemak trans ?
Disebabkan lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan paras kolesterol baik; risiko pengambilannya ialah ia akan meninggikan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik
Terima kasih sebab sudi share info ni..
ReplyDeletekebyknnya makanan yg amie mkn semuanya ada l;emak trans.. : (
ReplyDeletetrans fat bahaya utk ibu yang mengandung dan breastfeed...tapi dalam susu pun ada trasnfat sekarang ni.. ramai yg masih kurang pengetahuan tentang transfat ni..
ReplyDeleteOrang Malaysia ramai yg tak heran benda ni..
ReplyDeleteNak nak bila tiba bulan Ramadan nanti...tengok lah..;P
info yang baik.. thanks~
ReplyDeletethanks for sharing..banyak produk yg sy gunekan
ReplyDeletesusu bayi pun ada??
ReplyDeleteboleh x nak amik info, nk share dlm blog saya plak.. :)
ReplyDeletebOleh tak saya tahu kat mana pameran ni diadakan?
ReplyDeletefrisolac gold ada lemak trans tak?
ReplyDeleteterima kasih atas info yg sangat berguna....ada tak info jenama@produk lain susu fomular yg lebih selamat untuk digunakan.?..
ReplyDeleteMin, ane ijin titip info ya. Kali aja ada pembaca blog ini yang butuh Packaging Makanan buat usaha makanannya. Kalo ada yang butuh, bisa coba hubungin kita di http://www.greenpack.co.id/
ReplyDelete