Kenali jenis plastik yang elok untuk diguna pakai

Anamarza
1
Simbol kitar semula dengan nombor tertentu
Biasa tak korang nampak simbol di sebelah ni kat bahagian bawah botol minuman , bekas makanan atau botol plastik lainnya?

Biasakan?

Saya pun sebelum ni biasa jumpa, Tapi antara ketujuh-tujuh simbol tu cuma simbol ada tertera nombor 5 atau PP je yang saya tahu. Yang lain-lainnya tak berapa tahu.

Masa baca entry guest blogger di blog Rai @ Ourkizuna "fakta dan mitos plastik" baru tahu maksud simbol yang lainnya iaitu:

  • Simbol kitar semula dan tertera nombor 1 ditengahnya dan terdapat singkatan PETE (Polyethylene Terephthalate) dibawahnya
  • Simbol kitar semula dan tertera nombor 2 ditengahnya dan terdapat singkatan HDPE (High Density Polyethylene) dibawahnya
  • Simbol kitar semula dan tertera nombor 3 ditengahnya dan terdapat singkatan V (Polyvinyl Chloride ~ PVC) dibawahnya
  • Simbol kitar semula dan tertera nombor 4 ditengahnya dan terdapat singkatan LDPE (Low Density Polyethylene) dibawahnya
  • Simbol kitar semula dan tertera nombor 5 ditengahnya dan terdapat singkatan PP (Polypropylene) dibawahnya
  • Simbol kitar semula dan tertera nombor 6 ditengahnya dan terdapat singkatan PS (Polystyrene) dibawahnya
  • Simbol kitar semula dan tertera nombor 7 ditengahnya dan terdapat singkatan others/lain-lain (SAN ~ styrene acrylonitrile, ABS ~ acrylonitrile butadiene styrene dan PC ~ polycarbona, nylon) dibawahnya.
Biasa tak korang guna pakai semula bekas ais krim untuk letak/simpan makanan ? Adakan yang tak buang dan guna pakai semula kan? Sebab saya ada juga guna pakai semula so, semalam bila telek kat bawah bekas ais krim jenama nestle (mat kool) tu tengok bekas dia ada tertera simbol 5 (PP) so boleh la pakai kan? kan ? selamat la kot nak pakai.....Hmmmm

Semalam selain check bekas ais krim tu sempat la juga membelek bekas-bekas plastik yang lain yang ada kat rumah ni. kebanyakan yang dibeli memang ada tertera simbol 5 tapi ada juga yang bernombor lain dan ada juga yang langsung tak da simbol. Kebanyakan botol bekas gel mandian ke, bekas cecair pembersih ke ada tertera nombor 2. Botol air mineral pun ada yang diletakkan simbol dan ada juga yang tiada bersimbol.

So pe kata korang study simbol kat bawah ni, then check kesemua bekas plastik yang ada kat rumah korang.  Pastu ambil la tindakan yang sepatutnya ya, dah ada knowledge jangan pulak di sia-siakan. Mungkin kesannya tak terus nampak tapi lama-kelamaan jika kita masih reuse bekas plastik yang sememangnya tidak selamat untuk dipakai berulang kali, bimbang juga dah terlambat nanti baru kita reti nak menyesal (^_^)



Tags

Post a Comment

1Comments

Post a Comment