Hikmah berbuka dengan kurma

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda:

Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”.
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Di dalam hadis daripada Anas katanya:

Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.

(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi)

Masuk bulan Ramadhan je berlambak-lambak orang jual kurma kan?

Pelbagai jenis kurma ada, dari yang bertangkai sampai la yang tak bertangkai, kurma jenis lembik  dan ada juga yang keras, tak kurang juga kurma kategori mahal (NO.1) dan kurma yang murah, dijual secara longgok atau di isi cantik dan kemas dalam kotak .

Pilihan banyak dan pelbagai malah mudah didapati, tapi adakah kita mengamalkan sunnah yang satu ini?

Kita sememangnnya dituntut untuk berbuka dengan Kurma, dan itu lah yang saban tahun kebanyakan dari kita amalkan. Tapi kita cuma merasa tamar je bukan rutob, kalaula Rutob tu mudah didapati sepertimana tamar lagi sedapkan?

Note : Untuk makluman , Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

Hikmah berbuka dengan kurma


Antara hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah:
  • Kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.
  • Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. 
  • Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat, malah menjadi lebih ghairah. 
  • Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.
  • Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.

Comments

  1. salam ramadhan.......
    info yang penting buat kita semua, tq.....

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa :) selalu dpt kurma free, tapi tahun ni kena beli sendiri nampaknya :P

    ReplyDelete
  3. geli hati tengok kartun tue....tahun nie nak cuba berbuka dengan kurma coz kayrul tak pandai makan kurma sejak kecik...

    ReplyDelete
  4. salam alaikum ,
    terima kasih memberi info yang gempak ini coz adik saya yang tidak pandai makan kurma pun suda mengtahui hikmhnya :B

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts