Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir. Ia disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.
b) Bagaimana cara melakukan Solat Terawih Bersendirian?
- Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.
Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala
- Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja.
- Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
c) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)
Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
(sumber : ilmudanulamak.blogspot.com)
d) Niat Solat terawih berjemaah ?
Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat makmum kerana Allah Taala
d) Bacaan selepas setiap rakaat solat sunat terawih berjemaah ?
Pertama : Bacaan selepas rakaat yang ke- 2,6,10,14, dan 18
Kedua : Bacaan selepas rakaat yang ke- 4,8,12,16, dan 20
dan seterusnya boleh lihat di al-azkar.blogspot.com
Pertama : Bacaan selepas rakaat yang ke- 2,6,10,14, dan 18
Kedua : Bacaan selepas rakaat yang ke- 4,8,12,16, dan 20
dan seterusnya boleh lihat di al-azkar.blogspot.com
lepas nie boleh la solat kat rumah jer..susah la nak ke masjid, anak still baby lagi
ReplyDeleteyup, kena fahamkan rakyat malaysia umumnya yg masih tak tahu, bahawa solat terawih itu solar ' rehat'..so tak perlu terkejar kejar...Dan boleh dibuat secara sendirian di rumah andai tak sempat ke masjid.
ReplyDeletetahun ni rasa teruja nak cuba solat terawih di masjid pula. Selalu anak kecik tak berani nak bawa masjid takut ganggu makmum lain, tahun ni nak cuba sbb yg kecik tu pun mcm dah faham sikit. Kalau tak boleh juga, solat di rumah juga nampaknya...
ReplyDeleteselamat berpuasa dan berterawih Ana
la ni hujung jari je.
ReplyDeleterasa kurang dalam diri moh le cari
Yang fardu jangan pulok tinggal.
ReplyDeletekalau dlm bulan ramadhan ni la nak kutip pahala lebih s ebb ada terawih
ReplyDeleteBtul tu nizam...kbnyakan sekarang bnyak lebihkn yg tarawih,yg fardu mcm asar,time nak berbuka bru smbhyang...
ReplyDeleteLa upanya sng jew nk solat sendirian.. Hehe
ReplyDeletesalam...tq atas perkongsian yg sgt baik ni....
ReplyDelete