Sanggup telan 10 sudu gula ?

Ada yang sanggup untuk telan 10 sudu teh gula sekaligus ke?

Membayangkan 10 sudu teh gula untuk ditelan dalam satu masa, semua orang tak sanggup bukan?

Percaya tidak, tanpa sedar ramai diantara kita yang terbiasa menelan sekaligus jumlah gula sebanyak itu (atau mungkin lebih). Minuman dalam kategori soda, bergas atau berkarbonat sememangnya mengandungi jumlah gula yang banyak.

Untuk makluman secara umumnya satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula . Ini bermakna dengan hanya meminum 1 tin minuman berkarbonat kita telah pun mencapai sukatan gula yang disarankan.

Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula."


Persoalannya adakah kita hanya mengambil 1 tin minuman bersoda ini sahaja dalam sehari? Bagaimana pula dengan pengambilan minuman manis seperti teh, kopi , air sirap ? Tahukah anda, gula bukan hanya boleh didapati dari minuman manis sahaja, gula juga boleh diperolehi dari sumber makanan seperti kek, manisan, coklat dan sebagainya. Malah gula juga sebenarnya wujud secara semulajadi dalam makanan yang kita ambil .

Sebagai rujukan dibawah disenaraikan (Purata secara umum) jumlah gula yang ada dalam beberapa makanan dan minuman:
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh

Jadi, tidak mustahil  tanpa sedar kita telah mengambil 125 gram atau 26 sudu teh gula sehari, bukan?

Jika anda sayangkan diri anda dan anda sayangkan anak-anak anda,  KATAKAN TIDAK KEPADA MINUMAN RINGAN , MINUMAN BERSODA, BERGAS ATAU BERKARBONAT. Paling tidak pun, ambil langkah untuk MENGURANGKAN PENGAMBILAN MINUMAN YANG TINGGI KANDUNGAN GULA

Untuk ketahui sebab kenapa perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat, sila ke entry " Sebab minuman berkarbonat memudaratkan"

Comments

Post a Comment

Popular Posts