Countdown Ramadhan

Anamarza
2
"Ahlan wa sahlan ya Ramadhan"
‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’
(Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad).

Ikut pada kalendar, 1 Ramadhan jatuh pada 21hb Julai kan? Means tak lama mana dah kita akan mula berpuasa. Semoga kita semua dapat bersua dengan bulan yang penuh barokah ini dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan semoga ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.

Ya Allah sesungguhnya Engkau telah menaungi kami dengan bulan ramadhan, ramadhan akan tiba maka hantarkanlah ia kepada kami dan sampaikanlah kami kepadanya, berikakanlah rezeki kepada kami dengan berpuasa dan shalat, anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan kesungguhan serta kesiapan, lindungilah kami dari fitnah Ya Allah, semoga KAU sampaikan kami ke bulan yang penuh barokah ini ya Allah.. Amiin.

Bagaimana dengan persiapan korang untuk menyambut bulan Ramadhan nanti? rasanya ramai yang dah start membiasakan diri dengan berpuasa sunat (puasa ganti ? masih ada yang belum melangsaikannya lagi ke?), mungkin ada juga yang bangun awal untuk biasakan diri bangun sahur atau usha-usha resipi menu menarik untuk juadah berbuka puasa nanti?

Mungkin juga ada yang dah pasang azam untuk menjadikan Ramdhan kali ini lebih sempurna lebih bermakna dari ramadhan yang lepas,  barangkali ada yang berazam nak menunaikan solat sunat terawih setiap malam, berazam untuk khatam al-quran, berazam untuk cukup sebulan berpuasa, mungkin juga ada yang berazam untuk berhijrah dari seorang yang tidak bertudung kepada  menjadi seorang muslimah yang sejati yang menitik beratkan hal menutup aurat. 

Walau apa pun azam kita, Semoga kita dapat bersua dan seterusnya menyempurnakan Ramadhan kali ini seolah-olah inilah Ramadhan kita yang terakhir....

Tags

Post a Comment

2Comments

Post a Comment