Untuk raya nanti belum decide lagi nak buat atau tidak biskut ni. Sekalipun akan dibuat, buat saiz mini je, lebih kurang saiz biskut mini chipsmore tu .
Bebudak ni cakap biskut ni macam biskut chipsmore, tapi kalau ikut pada mereka-mereka yang dah cuba resipi ni, ramai yang cakap rasanya ala-ala Famous Amos Cookies. Tah la, kitaorang ni cuma jumpa biskut chipsmore tu je, biskut Famous Amos tu usahkan kata makan, pegang pun tak pernah (^_^)
Adunan yang saya buat ni, dah di lebihkan kuantiti serbuk coklat di dalamnya, sebab tu la warnanya agak gelap sedikit. Bagi yang nak cuba buat boleh semak resipinya di bawah:
Resipi Chocolate Chips Famous Amos Cookies
Bahan yang digunakan/diperlukan :
Bahan-bahan ayak:
- 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
- 10 gm (3 tsp) serbuk koko - lebihkan 10g
- 2 Tbsp tepung jagung
- 1/2 tsp soda bikarbonate - ltk 1tsp
- 2 Tbsp susu tepung
- Secubit garam
Bahan-bahan lain :
- 250 gm mentega
- 150 gm gula kastor
- 1/2 tsp asen vanilla
- 1 biji kuning telur
- 100gm (1/2 cawan) coklat chip
- 100gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yg dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara membuatnya:
- Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
- Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
- Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
- Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
- Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Thanks kepada :
Penyumbang resipi asal : mrnamie
Sumber : hanamemories.blogspot.com
sedapnyaaaa...dap dap dap
ReplyDeletelama x makan biskut chipsmore :) x der oven, x leh cuba. bila ntah nak beli oven. tggu bonus masuk kot.hahaha
ReplyDeletekalau dapat dek hantu biskut coklat cip kat rumah ni memang tak ke mana mana.. hehehe..
ReplyDeletetahun lepas ade buat. buat kecik2 dapat banyak sangat hihi.. sedap
ReplyDeleteplan thn ni memang nak buat....
ReplyDeleteseda, sedap......
wah..bleh masuk list utk kuih raya ni hihihi
ReplyDeletesedapnya...baru bercadang nak buat biskut raya tahun ni :)
ReplyDelete