Even kes tu dah lama, hampir setahun yang lalu tapi tetap merentap emosi kita . Emosi bercampur-campur time tengok video tu, sedih, geram sampai rasa tak sanggup nak habis tonton video yang berdurasi 4 minit lebih tu.
Adakah kerana tekanan perasaan si ibu tersebut sanggup memukul anaknya sendiri?
Pada yang belum berkesempatan menonton video penderaan tersebut boleh tengok dibawah (sementara masih boleh ditonton).
bagi yang tak sanggup nak tengok , ni sedikit gambar penderaan dari video di atas:
Sumber : abgteror |
Ikutkan geram jugak dengan orang yang merakam kejadian tu, tapi mungkin jugak la dia ambil video tu untuk dijadikan bahan bukti, siapa tahu kan niat dia apa.
Tapi kes penderaan warga emas di Limbang yang didera oleh isteri dan anak lelakinya even dia tengah terlantar sakit , pun boleh buat kita geram kan. Sudah la mendera pastu boleh pulak tanpa rasa bersalah rakam kejadian dera tu.
LIMBANG: Siasatan polis berhubung kes seorang warga emas terlantar sakit yang didera isteri dan anak lelakinya di Kampung Tanggung Unggar, di sini, membawa kepada penemuan mengejutkan apabila dua beranak itu didapati turut merakam perbuatan zalim mereka menggunakan kamera telefon bimbit.Tindakan wanita dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun itu terbongkar selepas polis menemui tiga rakaman video memaparkan perbuatan keji mereka dalam komputer riba 1Malaysia milik pelajar berkenaan di rumah mereka, semalam.Lebih mengejutkan, rakaman video itu memaparkan wanita berkenaan yang berusia 50 tahun memukul suaminya dengan rotan manakala anak lelakinya ‘tumpang sekaki’ mendera bapanya, termasuk menarik alat sulit lelaki berusia 64 tahun itu.Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, jiran keluarga terbabit menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Khamis lalu, melaporkan perbuatan kejam dua beranak itu.“Keesokannya, pegawai JKM bersama polis pergi ke rumah mereka yang mengambil masa sejam perjalanan dengan bot dari sini,” katanya ketika dihubungi, semalam.Sumber : mymetro
At last apa yang dia rakam tu menjadi bukti perbuatan kejam dia tu, tak ke rakaman tu makan tuan namanya.
Nota Jejari : Sama jugak dengan rakaman aksi panas (seks) antara pasangan , yang akhirnya tersebar dan mengaibkan diri sendiri. So pada yang berhajat nak rakam perkara yang terkutuk, insaf la berfikiran waras la. Ingatlah dunia akhir zaman banyak keaiban yang akan terbuka, bukan orang lain yang membukanya tapi diri sendiri yang memberi peluang untuk aibnya dibuka.
zaman sekarang, manusia mmg makin gila, makin ke arah jahiliyah...berbangga dgn maksiat dan kejahatan, tu sebab siap rakam buat koleksi.
ReplyDeletetak sanggup nak tengok video tu (v__v) saya dah buang dlm FB saya...sob..sob....
ReplyDeletesapa yg ambik gambar tu?
ReplyDeletetak tahu nak kata apa
dunia skang makin penuh dengan kekejaman... akhir zaman.. haiwan plak lebih berhati perut
ReplyDeleteyg nak rakam2 tu apasal..??
ReplyDeleteskang dera pun rakam ..klau buat maksiat pun rakam..semua nk rakam..tk payah rakam pun tk pe..rakaman Allah lagi dahsyat..
ReplyDelete