Kenali Daging Lembu untuk elak tersilap beli

Anamarza
1
"Ketahui ciri-ciri perbezaan antara bulu khinzir dan bulu berus dari sumber lain dengan membaca entry " Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus""

Sejauh mana korang kenal bagaimana rupa tekstur daging lembu?

Boleh tak korang bezakan antara daging lembu dengan daging kerbau? atau daging kambing?

Kalau korang boleh bezakan dan memang arif dengan rupa dan tekstur daging lembu rasanya tak perlu risau tapi kalau korang memang jenis yang tak tahu, elok ambil tahu dari sekarang.

Mungkin ada dikalangan kita yang memang tak arif langsung tentang hal ni. Saya pun kalau beli daging lembu  selalunya beli yang fresh. Nampak kepala lembu atau kaki lembu tergantung tu,  yakin sikit tu memang daging lembu. 

Tapi rasanya kalau tak de kaki lembu tergantung , kita still boleh yakin daging yang kita beli tu daging lembu atau kerbau bukan daging khinzir kan? Lain la kalau kita beli daging kotak atau daging import , kemungkinan untuk tersalah tu mungkin ada. Ke camna?


Okey la , actually tak sure mana kesahihan maklumat berkaitan ciri-ciri perbezaan daging lembu dengan daging khinzir ni. Tapi bagi yang memang langsung tak kenal macam mana rupa daging lembu , seeloknya belajar-belajar la kenal. Sekadar ambil tahu dari pembacaan maklumat dibawah ni masih belum cukup,  Perlu diingat,  teori dan practikal berbeza kan? So, teliti daging lembu , biasakan diri dengan bau, tekstur dan rupa daging lembu InsyaAllah kita boleh bezakan antara daging lembu dengan daging lainnya.


Perbezaan diantara Daging lembu dan khinzir 



Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.


1. Dari segi warna


Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.





2. Dari segi serat daging


Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).




3. Dari lemak yang kelihatan,


Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.



4. Dari segi tekstur


Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan






5. Dari segi aroma

Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.


Sumber : http://forum.cili.ws/Thread-Article-6-Cara-Asas-Membezakan-Daging-Lembu-Dengan-Daging-Khinzir
Tags

Post a Comment

1Comments

Post a Comment