Gempa 8.9 : Satu Peringatan bagi yang terleka

Anamarza
4
Gempa 8.9 Skala Ritcher (SR) dan gempa susulan 8.5 SR menyebabkan amaran Tsunami dikeluarkan. Ramai dikalangan kita yang dapat merasai gegaran semalam terutama yang tinggal di bahagian pantai barat Malaysia.

Kami, sewaktu gegaran tersebut berlaku, berada di kuantan, memanfaatkan waktu cuti sehari dengan melawat kenalan dan saudara di sana. Sampai kat rumah hampir pukul 7.00 malam baru tahu ada kejadian gempa di Acheh.

Terkejut!

Korang pulak, bagaimana reaksi korang bila mendengar berita gempa tersebut? 

Bagi yang merasai gegaran semalam,apa perkara first yang terlintas di fikir korang semalam?

Rasanya ramai dikalangan kita yang bilamana mendengar berita tersebut ditambah pulak Amaran Tsunami telah dikeluarkan terutama melibatkan negeri di pantai barat negara kita sendiri, berdoa dalam hati agar tiada perkara buruk yang berlaku. Berdoa agar Allah jauhkan musibah seperti yang telah berlaku pada tahun 2004 dahulu, agar tidak berulang kembali.

Begitu la lumrah manusia bukan?

Bila diberi amaran baru nak ingat Allah. Itu satu perkara yang baik, sekurangnya kita masih sedar bahawa kita ini hamba yang lemah, cumanya bila amaran tsunami ditarik balik, berapa ramai pulak yang masih "sedar" dan berapa ramai pula yang kembali kepada asal, masih mahu terus alpa dan leka dengan hal duniawi?

Subuh tadi berapa ramai yg masih liat untuk bangkit mengerjakan solat? Berapa banyak pula yang menadah tangan bersyukur tidak berlakunya tsunami?

Muhasabah la diri kita , teliti apa yg perlu diperbaiki dan ditambah, ajal itu tidak ada tanda amaran, bila-bila masa sahaja nyawa kita akan dicabut.

Renung-renungkan...


Nota Jejari : Peringatan untuk diri sendiri yang kekadang ter"alpa" dengan kenikmatan yang sementara...

Post a Comment

4Comments

  1. semua tu utk ingatan kite.. mana yg teralpa biar sedar.. bila renung semua mcm nk dekat kiamat.. takut..

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Besar..setiap kejadian ada sebabnya

    ReplyDelete
  3. mmg kite mudah lupa,bila berlaku bencana camni br la kite beringat kan...moga kite semua dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  4. bile terdengar je berita ni 1 je sy pikir. Bala dr Allah. tu baru peringatan. kalau dulu tsunami bacaan lagi rendah dr ini kan tapi ade tsunami, kali ni lagi tinggi tapi alhamdulillah x de.
    itulah peringatan dari Allah utk kite umat manusia

    ReplyDelete
Post a Comment