Hokkaido Chiffon Cupcakes with Custard Filling

Anamarza
5
Hokkaido chiffon cupcakes
 * Entry AutoPublish lagi*

Sesekali tajuk ala-ala omputih (^_-)

Buat ni last week lagi dah. Buat cupcakes ni pun sebab terbaca ada yang memberi komen kata harga satu cupcakes ni boleh cecah RM8.00.

Mahalkan kalau RM8.00. Dek kerana nak tahu rasanya camna, tu yang buat jugak, walau virus M menebal dalam diri.

Memula nak membuatnya tu kena beri cabaran kat diri sendiri dulu. Kasi motivasi sikit cakap kat diri sendiri tak susah nak membuatnya, ala caranya tak lari mana dari nak buat chiffon cake. kalau Chiffon cake boleh buat takkan la Chiffon cupcakes tak boleh buat kan.

Hihihihi padahal bukan malas apa, cuma malas nak putar telur putih tuk dibuat meringue tu je. Renyah sikit nak pegang hand whisk tu, rasa bergegar seluruh badan, adat la kan hand whisk dah lama, setiap kali on je suis setiap kali tu juga rasa cam nak tercabut je pemutar dia tu...

Resipi Hokkaido Chiffon Cupcakes with Custard Filling


Hokkaido Chiffon Cupcakes
Untuk filling tu boleh guna apa-apa filling, ada juga orang buat filling strawberry or cream cheese ikut suka korang la kan.  Cam custard filling saya ni tah kat mana yang kurengnya jadi warnannya kurang menyerlah sikit.

Okey la pada yang teringin nak cuba buat, boleh usha resipi kat bawah ni ya:

Sumber dari : Alam Sari

Bahan-bahan A :
4 kuning telur (saya guna gred A)
30 gm gula castor (1 1/2 sb)
1 st esen vanila
40 ml susu (saya guna low fat milk)
40 ml minyak jagung/ bunga matahari (guna minyak masak pun boleh tapi berat sikitlah)
55 gm tepung kek
20 gm tepung kastard
1 st baking powder

Bahan B :
4 putih telur
1/4 st garam halus
80 gm gula castor (4 sb)

Cara-cara  ;
1. Panaskan oven 170 darjah selsius. Susunkan cup muffin (jenis keras) ke dalam loyang.
2. Dalam mangkuk adunan yang kering, putarkan putih telur dan garam pada kelajuan tinggi sehingga berbuih. Tambahkan gula sedikit-sedikit. terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk. Ketepikan.
3. Putar kuning telur dan gula hingga agak kembang, masukkan susu dan minyak, terus putar sehingga kembang. (Boleh sambung guna pemukul putih telur tadi, tak yah susah2 cuci :-))
4. Masukkan tepung, putar dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Masukkan 1/3 adunan putih telur tadi. Kaup balik guna spatula sehingga sebati. Masukkan lagi lebihan dan adun sebati.
6. Sudukan (guna senduk kecil cepat sikit) adunan ke dalam muffin cup sehingga 70% atau 80% penuh. hentak-hentakkan muffin cup.
7. Bakar selama 25 hingga 30 minit, gunakan api atas bawah, letakkan tray di tingkat paling bawah.
8. Keluarkan kek apabila masak, hentakkan lagi loyang/ muffin cup anda. Biarkan sejuk sebentar.





Inti ( Saya guna inti kastard)
Bahan-bahan :
300 ml susu sejat/segar/low fat/full cream semua boleh
2 kuning telur (A- kalau B guna 3)
2 sb gula pasir
2 1/4 sb tepung kastard
1 sk esen vanila

Campurkan semuanya ke dalam periuk, kacau guna whisk hingga gula hancur. Panaskan atas api perlahan, gunakan senduk kayu, kacau hingga adunan kental dan meletup kecil. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam piping bag yang dipasang nozel bulat atau bintang.



atau


Custard Filling
---------------
100g Instant Pudding (Vanilla Flavoured)
700ml cold milk
or
100g Instant Pudding
600ml heavy cream

Make the custard according to instructions on the package.

Cara memasukkan inti ke dalam kek :
Cucukkan hujung nozel ke dalam kek (tengah). Picitkan kastard sehingga inti kastard keluar. Hiaskan dengan strawberry/ blueberry atau mengikut citarasa. Boleh juga picitkan inti blueberry di atas kastard.




Post a Comment

5Comments

  1. RM8 seketul? hahaha...makan nasik ayam boleh dapat 2 pinggan..

    ReplyDelete
  2. assalam...kak memang terbaeekkk kek akak ni..saya dh cuba n memang sedap...tq kak..moga murah rezeki akak..amin...

    ReplyDelete
  3. Blh tak gunakan tepong gandum

    ReplyDelete
  4. Nak tanye,dpt brape biji cupcake utk seadunan nih?

    ReplyDelete
Post a Comment