Roti Celup Telur (Versi Goreng)
* Entry Auto Publish*
Suka bila stok roti putih kosong ada kat rumah. Sebabnya tak kira la jenama apa sekalipun, roti putih kosong tu selain boleh dimakan kosong camtu je atau dimakan cicah air atau dengan jem atau kaya ,kita juga boleh pelbagaikan cara memasaknya.
Macam-macam boleh dibuat dengan roti putih tu kan. Setakat ni kat blog ni saya dah up entry "Roti Celup Telur (Versi Goreng)" , "Roti Goreng Ranggup inti kaya" , "Puding Roti Dengan Sos Coklat" , "Roti bakar bunga-bunga pizza" , "Bersarapan dengan Lapis roti berdaging..." dan lain-lainnya.
Kalau korang pulak, korang suka makan atau masak camna Roti putih kosong tu?
Resipi Roti Celup Telur
Perlu ke nak letak resipi juga untuk resipi yang simple ni ya?
Hihihi rasanya tak perlu la kan. Simple dan mudah yang amat nak membuatnya. Lagipun ada pelbagai versi Roti celup telur ni. Ada yang guna roti putih kosong ada yang guna roti perancis, ada yang masak guna minyak yang sedikit macam nak masak roti canai tu je dan ada juga yang goreng dalam minyak yang banyak.
Cam saya ni, saya guna roti putih kosong dan digoreng sekejap dalam minyak yang banyak. Cara nak membuatnya mudah je, bahan yang diperlukan cuma;
- Roti putih
- Telur yang dikocak bersama sedikit garam
- Minyak untuk menggoreng
Potong roti kepada 4 bahagian kemudian celup roti yang sudah dipotong tadi kedalam telur, angkat dan terus masuk dalam kuali untuk digoreng sekejap. simple je kan.
nyum3. kat rmh sya nyk gak roti putih. maybe bole pakai resepi ni k0t :D
ReplyDeletesimple tapi sedap. :)
ReplyDelete