Nilai Kafein dalam minuman

Anamarza
2
Bila sebut pasal kafein , secara automatik ramai yang selalu kaitkan kafein dengan minuman berasaskan kopi. Betul tak?

Tapi adakah hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein? bagaimana pulak dengan minuman lain? 

Berapa ramai antara kita yang sedar bahawa teh dan minuman/makanan berasakan coklat jugak mempunyai kafein?

Tahukah korang yang bukan hanya kopi, teh dan coklat sahaja yang mengandungi kafein, malah  ada sesetengah minuman berkarbonat dan minuman "tenaga" juga berkafein. Jika korang ingin mengurangkan pengambilan kafein, korang bukan hanya perlu mengurangkan pengambilan kopi semata tapi juga pengambilan minuman-minuman berkafein yang lain.



Carta dibawah menunjukkan nilai kaffein yang berada dalam makanan dan minuman kita (sebagai rujukan)

Kopi Isipadu Kaffein
coffee, generic brewed 8 oz 102-200 mg
coffee, Starbucks brewed 16 oz 330 mg
coffee, Dunkin’ Donuts brewed 16 oz 206 mg
caffé latte atau cappuccino, Starbucks 16 oz 150 mg
caffé latte atau cappuccino, Starbucks 12 oz 75 mg
espresso, Starbucks 1 oz 75 mg
espresso, generic 1 oz 30-90 mg
coffee, generic instant 8 oz 27-173 mg
coffee, generic decaffeinated 8 oz 3-26 mg

Teh Isipadu Kaffein
black tea, brewed 8 oz 40-120 mg
green tea, brewed 8 oz 30-50 mg
black tea, decaffeinated 8 oz 2 mg
Starbucks Tazo Chai Tea latte 16 oz 100 mg
Nestea 12 oz 26 mg
Snapple 16 oz 42 mg
Lipton Brisk iced tea 12 oz 10 mg

Minuman berkarbonat Isipadu Kaffein
Coke 12 oz 35 mg
Pepsi 12 oz 38 mg
Jolt Cola 12 oz 72 mg
Mountain Dew 12 oz 54 mg


Minuman ‘tenaga’ Isipadu Kaffein
Red Bull 8.3 oz 80 mg
SoBe Essential Energy, berry atau orange 8 oz 48 mg
SoBe No Fear 8 oz 83 mg

Lain-lain Isipadu Kaffein
dark chocolate 1.45-oz bar 31 mg
milk chocolate 1.45-oz bar 11 mg
coffee ice cream or frozen yogurt 8 oz 50-60 mg
hot cocoa 8 oz 3-13 mg

Note : Jika korang sedang dalam proses ingin mendapatkan anak, dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kafein, sebab apa? nanti akan saya terangkan dalam entry yang lain eik
Tags

Post a Comment

2Comments

Post a Comment