Kafein & kesuburan wanita

Anamarza
5
Kenapa seseorang yang dalam proses cuba mendapatkan anak ( cuba hamil ) dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kafein ? Terutama sekali jika dia tergolong dalam kategori sukar mendapatkan anak atau mempunyai masalah kesuburan.


Sebab - sebab di bawah merupakan jawapan kepada persoalan di atas:
  • Satu kajian telah dikeluarkan dalam ‘Journal Diabetes Care’ (2005) menunjukkan pengambilan kaffein boleh menyumbangkan kepada masalah ‘insulin resistance’ (ie, insulin tidak dapat digunakan dengan berkesan ketika pembakaran gula untuk menghasilkan tenaga. Ini menyebabkan banyak gula yang tidak ’dibakar’ di dalam darahSelain itu insulin resistance menghalang proses ovulasi (pengeluaran ovum dari ovari).
  • Kajian lain pula mendapati kafein meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan.
  • Beberapa kajian juga telah dilakukan dan mereka mendapati wanita yang yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 peratus.  Mereka mendapati wanita yang tidak minum kopi mempunyai kebarangkalian untuk hamil seanyak 26.9 dalam 100 kitaran haids, sementara peminum kopi pula sebanyak 10.5 kehamilan dalam 100 kitaran haids. 
  • Kajian lain menunjukkan wanita yang mengamalkan 300mg kaffein atau lebih, mempunyai kebarangkalian untuk hamil yang lebih rendah.
Bukan itu sahaja, pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh menjadi punca berlakunya keguguran. 

Sebagaimana yang kita sedia maklum , kafein boleh menyebabkan saluran darah mengecut. Sekiranya ini terjadi  pengaliran darah ke uri (placenta) akan berkurangan seterusnya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien. Selain itu kaffein juga boleh sampai kepada bayi dalam rahem dan menjejaskan pertumbuhan sel-selnya.

Kajian berkaitan risiko keguguran akibat pengambilan kafein :
  • Satu kajian di Denmark mendapati pengambilan kopi yang tinggi (8 cawan sehari) akan meningkat risiko kematian bayi dalam rahem (stillbirth) sebanyak dua kali berbanding dengan wanita yang tidak mengamalkan minum kopi. 
  • Pengambilan kaffein yang tinggi juga dikatakan boleh menyebabkan bayi yang lahir mengalami kekurangan berat badan dan bayi lelaki mengalami keadaan ‘undescended testes’ (iaitu telur testis bayi tidak berada di kerandut zakar /scrotum). (Walaupun kajian ini dikatakn sedikit lemah, tak bermaksud boleh dipendang sebelah mata )

Mungkin bagi sesetengah wanita, kaffein tidak mempengaruhi mereka. Namun bagi wanita yang agak sukar untuk hamil, seeloknya menghentikan amalan pengambilan kaffein. Ingat kurangkan pengambilan kafein bukan hanya pengambilan kopi semata okey! Tuk rujukan minuman yang mengandungi kafein boleh rujuk di entry " Nilai Kafein dalam minuman "

Sumber : Dr Zubaidi
Tags

Post a Comment

5Comments

  1. Panduan bergune yang kadang2 kite terlepas pandang

    ReplyDelete
  2. pernah baca juga pasal ni, tapi selalu tak ingat hehe...

    ReplyDelete
  3. Dah lama meninggalkan dunia kafien ni sbb nak concieve.. =)

    ReplyDelete
  4. sebaik nya jgn lebih 2 cawan kopie sehari..

    kakyong dulu memang suka kopi.. even msa pregnant pun minum.. cuma kurangkan kuantiti jer.. Alhamdulillah, diberi kesuburan yg baik.. xdan nak merancang, melekat cepat... ;) Alhamdulillah, rezeki..

    tp jika yg bermasalah tu, elok hentikan terus minum kopi.. even teh pun ada kafein.. begitu juga minuman bergas..

    ReplyDelete
  5. huh!lega sbb dpt info pasal ni...
    thanks kak,,
    nnt sy nk link akak nyer entry ni k..
    sbb my fren suke gile kafein, no wonder dh 2 tahun kawen, at last baru peknen..mgkin ini slh satu puncanyer kot..

    ReplyDelete
Post a Comment