Kek Karamel @ Kek Kastard Chiffon

Anamarza
4

Bila mood rajin nak membaking datang akan berderet la entry masakan kat dalam blog ni. Kali ni cuba buat Kek Karamel atau Kek Kastard Chiffon pulak. Actually ada beberapa resepi kek yang nak dicuba, tapi  bila tanya hubby antara 2 resepi yang saya dah short listed kan tu mana satu yang dia nak saya buat, Dia pilih kek ni.

Makanya bertapa la sengsorang kat dapur nak menyiapkan sebiji kek ni. Nasib baik mood Ainul baik lagipun tak makan masa sangat nak menyiapkan kek ni. Sempat la letak kek dalam oven baru melayan budak tecik tu.


Cukup puas hati dengan kek ni sebab dapat pujian dari my hubby. Hubby cakap kek ni la kek paling sedap wife dia pernah buat. Maknanya kan kek ni menepati selera tekak dia la. Abis tu dah start dari wife dia ni suarakan hasrat nak buat kek lagi dah dia dah sound dia nak makan kek yang lembut ala-ala kek span or kek chiffon.


Pada yang teringin nak try buat kek dan puding karamel digabung 2 dalam 1 boleh tengok resepi kat bawah ni ya.

Kek Karamel @ Kek Kastard Chiffon
Sumber  : Mars & Family

Bahan A: - Lapisan gula hangus
60 gm (3/4 cwn) gula - mak guna 2 sudu besar je

Bahan B:- Lapisan Kastard
75 gm(6 s.b) gula halus
220 gm (1 cwn) susu cair - kalau nak tebal, mak guna 1 tin
3 biji kuning telur
10 gm(1 s.b) tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan C: - Lapisan Kek Chiffon
100 gm (1 cwn) tepung naik sendiri - boleh tambah 20gm lg
45 gm (4 s.b) gula halus
35 gm (1/4 cwn) minyak jagung
2 biji kuning telur
1 s.k esen vanilla
95 gm (1/2 cwn) air

Bahan D:
160 gm (5 biji) putih telur
¼ sudu kecil krim of tartar - mak tak guna pon
45 gm (4 s.b) gula halus


Cara membuatnya:
  1. Hangitkan gula dalam tin/loyang berukuran 22cm x 22cm x 4cm dengan api perlahan sehingga perang & hancur kesemuanya dan sejukkan.
  2. Campurkan kesemua bahan B & gaul hingga sebati & rehatkan sebentar.
  3. Campurkan kesemua bahan C & gaul hingga sebati, halus & lembut.
  4. Dalam mangkuk lain yg bersih & kering, pukul bahan D hingga kembang & ringan(soft peak). Kemudian masukkan C kedalam D & kaup balikkan perlahan2 hingga sebati semuanya.
  5. Tuangkan adunan kastard(B) ke dalam tin gula hangus tadi, kemudian tuangkan adunan kek chiffon(C+D) ke atas lapisan kastard perlahan2.
  6. Letakkan acuan kek ke dalam dulang yg berisi air ½ inci. Letakkan dlm oven & bakar dgn suhu 180°c selama 45 minit/sehingga masak(kaedah double boiling).
  7. Bila masak, keluarkan dari oven & kena keluarkan kek ini ketika masih panas.
  8. Caranya.. gunakan spatula/pisau utk longgarkan tepi kek dari acuan & terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan. Lapisan karemel/kastard akan berada diatas.
notajari:
  • Elok ratakan karamel/gula hangus dgn belakang sudu ke seluruh permukaan loyang ketika ia masih panas(cair).
  • Sekiranya anda ingini kek berwarna warni, bahagi adunan kpd 2 atau 3 bahagian & warnakan dgn warna pilihan anda. Kemudian sendukkan perlahan2 berselang seli ikut kreativiti masing2.
  • Berdasarkan pengalaman mak membuat kek chiffon:Seeloknya gunalah tepung naik sendiri atau tepung halus(kena + serbuk penaik). utk semua jenis Kek Chiffon sbb ia akan menjadikan tekstur kek ni halus mulus bila dipotong & lagi sedap bila masuk mulut. Jika guna tepung biasa, teksturnya kelihatan sedikit kasar -

Post a Comment

4Comments

  1. tgk kek ni betul2 mengoda, nak buat ke tak ni?

    ReplyDelete
  2. syok ny laaa kalo rjin nk baking..bile laa rse mls tuuu nk hlg =_=

    ReplyDelete
  3. hadoii laa..sukenya membaking. tp bulan ni banyak baju ah

    ReplyDelete
  4. dh bt tp x mjadi..waaaaaaa sdh gl..napa adunan kek (C+D) tu jerlus dlm adunan kastard (B)?..

    ReplyDelete
Post a Comment