Pilihan temujanji anda malam ini!
Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa dah start kan, terasa makin hampir dah nak puasa. Mmmmm korang tengok tak Siaran langsung Tilawah Al-Quran ni?
Mendengar bacaan Al-quran ni banyak kelebihannya seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al A'raaf (7) ayat 204 bermaksud
" Dan apabila dibacakan Al-Quran , maka dengarlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat"
Rahmat disini membawa maksud sesiapa yang mendengar Al-Quran dengan baik
- dapat menghiburkan hati yang sedih
- menenangkan jiwa yang gelisah
- melembutkan hati yang keras
- serta mendapat petunjuk
Malam ni selain dari Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa , ada juga siaran Halaqah di TV9. Pilihan di tangan kita sama ada nak tonton Tilawah Al-Quran atau Halaqah, sebab kedua-duanya ada kebaikan dan kelebihan tersendiri kan.
Untuk malam ni khabarnya isu yang akan dibincangkan di Halaqah Sentuhan Qalbu tentang 4 Khalifah
"Kerana Miskin dan tidak mahu anaknya nanti tidak cukup makan ibu muda ini berazam tidak mahu melahirkan anak, dia mencegahnya melalui pil perancang, tetapi dengan ketentuan Allah dia tetap juga mengandung. Bukan hanya 1, tetapi 4 bayi sekaligus... Allah kurniakan kepadanya 4 Khalifah serentak...kisah disebalik semua ini? Apakah pengjaran yang boleh kita angkat? dalam Halaqah Sentuhan Qalbu, Malam ini (19/7/2011) 10 - 11 malam di TV9 "
So mana satu yang korang akan tonton?
ramadhan semakin menghampiri :)
ReplyDeletekak, halaqah tu mcm best la..tilawah dah tengok kelmarin dgn semalam.. arini nak tgk halaqah la kalo sempat..
ReplyDelete