Kurus dengan pelukan suami ? Biar betul!

Anamarza
7
Ramai wanita  ingin memiliki berat badan yang ideal, Betul kan? Siapa yang tak kisah badan dia gemuk sila angkat tangan?

Opsss tapi petua kurus dengan pelukan suami ni hanya sesuai untuk yang dah berkahwin dan ada suami je ya. Jangan pulak anak-anak dara menggatal minta pak we peluk semata-mata nak kurus pulak eik. Tu ajaran sesat namanya, bukan kurus yang dapat nanti, tapi dosa pulak yang bertambah-tambah.



Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:
  • Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.
  • Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
    Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
  • Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
  • Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.
Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak. Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.




Sumber : Teh secawan

Post a Comment

7Comments

  1. wah kak anamarza.. best la entry ni.. ehehe..

    ReplyDelete
  2. baru tahu :-)
    harus mintak peluk 10 kali sehari lepas ni..hajat nak turunkan 15kg

    ReplyDelete
  3. nak turun berapa kilo ni ek...ermmmm..huhu

    ReplyDelete
  4. kihkihkih agaknye sy ni under weight sbb selalu kena peluk la ni hihihi apepn pelukan suami isteri memang baik untuk mengharmonikan ikatan itu.

    ReplyDelete
  5. lepas nie nak gandakan memeluk husband berkali2 supaya senang nak kurus...satu terapi...

    ReplyDelete
  6. dah gemuk...nak peluk tangan tak sampai..hahaa

    ReplyDelete
  7. bestnye kalau camtu..nnti kalau sy dah kawin nk mintak hsbn peluk je sepanjang mase.mesti sy slim.he3

    jom join GA ni:
    http://yourvinylmonster.blogspot.com/2011/07/1st-contest-makanan-kegemaranku-by-cik.html

    ReplyDelete
Post a Comment