- Korang pakai pencuci muka apa eik?
- Pilihan korang produk mahal ke produk biasa-biasa aje untuk penjagaan kulit muka ni?
- Apa kriteria yang menyebabkan korang pilih satu-satu product tu eik? adakah sebab
- Harga
- Terpengaruh ngan iklan
- Promosi baik punya dari orang2 yg dah guna
- Sebab kulit sensitif, so tak de banyak choice
- Sebab kebetulan time nak beli produk tu jer yang ada kat kedai masa tu
- Tak kisah, main sambar jer mana -mana produk yg ada kat kedai
- Produk antarabangsa ke produk tempatan yg jadi pilihan korang?
- Apa yang korang pakai setakat basic pencuci, penyegar dan pelembab atau ada tambahan yg lain?
Ace cuba kongsi sikit kat sini!
Aik apesal pulak entry busy body pulak ni eik, sibuk nak tahu hal orang lain ni pesal. Ish bukan nak promote produk tahu, biasa la kan pompuan nak tahu jugak rahsia kecantikan dan keremajaan insan yang bergelar wanita ni. Korang-korang kan cantik2 belaka pe salah kongsi tips dan petua kat sini. Dapat pahala tau sebarkan ilmu. Tul tak?
Hihihihi sebenarnya nak bertukar produk penjagaan kulit, so saje je la nak tanya korang camne korang pilih satu-satu produk penjagaan kulit tu. Bukan apa, sekarang kan umur saya dah masuk angka 3, konon-kononnya kalau boleh tak nak la muka nampak lebih tua dari usia, nak nampak ala-ala awet muda gitu biarla tak awet muda betul pun kan.
Lagi pun tak nak tersalah pilih produk pulak sampai boleh membahayakan kesihatan diri kan. Mesti korang ada dengar or baca citer pasal 6 produk kosmetik terkenal (BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream ) yang disahkan ada racun ( dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin ) tu kan. Naik risau jugak jadinya, nasib baik la tak pernah cuba produk2 ni semua.
Psssttt : Camna perasaan korang kalau tetiba korang termimpi yang suami korang ada affair ngan pompuan lain, sampai nak kawin ngan pompuan tu? Walau mimpi itu sekadar mainan tidur sahaja, still bleh buat korang terfikir jugak kan?
sy dpd anak dara dulu pakai pencuci muka apricot nutrimetics. sbb mak sy pakai yg tu..hihi. tak pernah cuba pencuci muka lain..tak berani..takut kulit muka rosak. org kata clinique bagus..tapi harganya pun 'bagus' juga :p
ReplyDeletedulu ila guna olay tp mcm tak sesuai,skrg ni ty guna bioessense..tak tahulah lagi camner..pasal mimpi tu pernah,tp abaikan jelah
ReplyDeleteTK sangat simple..
ReplyDeletebasuh muka dan mandi pakai sabun susu kambing je, skaligus sluruh tubuh.. senang.. rasa lembut dan halus je (perasan), x berminyak, kulit x meragam..
pastu pakai olay total effect tu..
penyegar dan pelembab lain xpakai..
pastu pakai bedak debu je, bedak kompak xleh pakai la, kulit naik ruam..
tp skrg TK test sapu nipis minyak kelapa dara kt muka.. cm best je kak, kulit TK yg sensitif ni leh terima lak.. cam tegang2 je muka ni..hehe..
tu je kak.. simple kn??
saya pakai sabun susu kambing HR. hoho...pomot2. pelembap tarak. bedak kompak. sesekali letak ais bila nk bersolek tu. haha bocor.
ReplyDeletemasa anak dara dulu, sy pkai safi..tp lepas kawen je, kulit trus reject..mungkin perubahan hormon...skrg pkai AG2000...mmg mahal tp berbaloi coz harga RM90++ sebotol, tahan laa 6bulan ++ gitu sbb sy tak pkai ari2...ye laa..mahal woo...pkai sket2...hehehe...
ReplyDeletepasal mimpi tu...penah jugak mmpi tp abaikan je...cuma lepas dpt mmpi tu, tanye cik hubby sendiri..ada buat tak??hahaha...
kakyong guna Neutrogena.. dah lebih 10 tahun guna... sbb tu guna mcm2 susu kambing, pencuci muka mustika ratu... tak rasi.. muka naik jerawat & resdung.. so setia dgn neutrogena.. la ni resdung dah byk kurang...
ReplyDeleten3 terbaru kakyong.com
Tak mudah nak gegar 1000 blogger
akhirnya ku sedar diri
Kenali sahabat ibu : Shira @ AshAnas
kak, amie punya bertukar2 sebab rasa mcm semua x ok je dgn kulit muka.skrng ni guna garnier je
ReplyDelete