Korang pernah dengar tak?

Anamarza
10
Siapa pernah duduk rumah bertingkat tak kira la flat ker, pangsa ker, condo ker, KIP ker, even asrama bertingkat sekalipun sila angkat mouse.....pernah kan, paling kurang duk asrama bertingkat tul tak?

Hmmmm ,mesti banyak pengalaman ngan kerenah dari pelbagai jiran kan? Pada korang la kan best tak duduk rumah bertingkat-tingkat ni? Dikelilingi jiran kiri , kanan, atas, bawah, depan, belakang. Erk ade ker jiran belakang umah? mmmm ade kot... lain blok, tul tak?

Okey la mesti banyak kan story pasal kerenah hidup berjiran ni. Story tu korang bleh simpan dulu, apa kata kita "gosip-gosip" hal mistik sikit. Dalam banyak-banyak jiran tak kira la sebelah umah ke, bawah umah ker atau atas umah korang sekalipun, korang percaya tak akan kewujudan jiran dari alam lain?

Alam Lain? Ha'ah betul la tu, korang memang tak salah baca, memang saya taip jiran dari alam lain, atau dari alam ghaib tak kira la komuniti bunian ker komuniti jin ke komuniti makhluk halus ker asalkan makhluk yang di istilahkan tak nampak dek mata kasar kita ni la.

Camna korang percaya tak?

Saya dari zaman duduk asrama masa UIA dulu sampai dah kerje dan duduk kat rumah flat even sekarang duduk kat KIP (kuarters institusi pendidikan) ada masa-masa tertentu terdengar bunyi seperti :

  • orang menumbuk sambal atau menggobek sireh ada masa tgh-tgh malam, ada masa dalam waktu lepas maghrib
  • seperti barang jatuh, selalunya macam bunyi guli jatuh, ada masa bunyi sebiji guli yang jatuh cam bunyi tik tik tik, ada masa macam bunyi banyak guli yang berterabur
  • Bunyi orang alihkan perabut cam kerusi atau meja tgh-tgh malam, kekadang berderet tiap-tiap malam
  • Bunyi seolah-olah orang tgh duk bertukang
  • Bunyi orang buka dan tutup pintu macam bunyi tu datang dari dalam umah kita jer nak menunjukkan kuatnya bunyi yang kedengaran tu

Pada korang la kan, bagi yang pernah dengar bunyi-bunyi tu semua, dari mana datangnya bunyi-bunyi tersebut? Sebabnya ada masa kat atas umah, tiada orang yang duduk pun, maksudnya rumah atas kosong tak da berpenghuni. So siapa pulak yang alih-alih kerusi atau main guli tengah-tengah malam tu? dan sapa pulak la yang rajin nak tumbuk sambal tengah-tengah malam?

Biasa nya kalau dengar bunyi-bunyi tu semua buat cam biasa jer, tak de la nak tegur even selalu sangat dengar, anggap orang atas balik lambat dari kerje dan perut lapar sebab tu la dia menumbuk sambal tetengah malam buta. Kalau bab guli jatuh tu, anggap jer la memang anak dia suka main guli.

Tah la nak kata mistik atau apa, sebab ada orang kata tu teori pengecutan dan pengembangan besi dalam simen dinding bangunan.

Pada korang pulak?
Reaksi korang pulak?
Pernah tegur tak bila dengar bunyi camtu?
ce citer ce citer sikit...
Tags

Post a Comment

10Comments

  1. hampir dah tak kenal...rupanya2 blog akak dah berwajah baru...dont reply ; )

    ReplyDelete
  2. pernah merasa duduk flat dulu... tapi tak rasa lah pulak bunyi2 tu benda mistik

    ReplyDelete
  3. kak, kitorg tak duk rumah bertingkat pun dgr jugak..hehe..siap sampai husben amie panggil polis sebab dgr orang mengorek dinding bilik kami pukul 2 pagi dan selalu dengar orang batuk dari dalam rumah.bunyi ketuk2 kat dinding, alih2 perabot, tumbuk sambal, bunyi orang renovate rumah pukul 1-2 pagi..kalau kita mesti terfikir kenapa waktu tu pulak baru nak buat kerja? kalau tak jarang dgr bunyi dr rumah sebelah.erm...kitorng anggap mcm org sebelah mmng tk tido malam atau ada anak2 remaja yg susah tido malam.

    ReplyDelete
  4. saya duduk rumah flat..
    tapi selalunya bising2 sebab ktorang adik beradik gadoh..hahhaa...
    Alhamdulillah x de lg bnda2 mistik :D

    ReplyDelete
  5. kakyong memang penakut dgn hantu.. & ALhamdulillah, tak pernah dengar @ 'terasa' hal2 mcm ni.. berbeza dgn suami.. dia ade 'sense'.. kakyong ni byk baca ayat pendinding.. dah la penakut, jd kena lah pertahankan diri awal2... tp masa pregnant dulu pernah la terasa mcm kena himpit bbrp kali.. tp kakyong ni jenis kuat lawan.. Alhamdulillah, sehingga kini belum pernah.. mungkin ade.. (sbb suami kata ada, benda tu singgah di rumah kami).. tp kakyong ni jenis yg tak 'perasan' & x ade 'sense'....



    n3 terbaru kakyong.com
    Tak mudah nak gegar 1000 blogger
    akhirnya ku sedar diri
    Kenali sahabat ibu : Shira @ AshAnas

    ReplyDelete
  6. 2 sebab x suke duduk asrama.... masa blaja... lebih rela duduk umh sewa.... apapun...tu semua dgaan dri tuhan.. :)

    ReplyDelete
  7. tak pernah jadilah plak...hehehhe

    ReplyDelete
  8. pernah...serupa la tu..alhamdulillah skrg dah aman..kami duk kuaters 4 tngkat..sama la bunyi2 tu..semua kami dengar

    ReplyDelete
  9. Semua bunyi2 yg akak ckap mmng ade dgar cu saya dduk kat flat... Naek meremang pun ade sbbeven malam2 pkul 12, 1 pun ade budak maen guli kat atas n macam orang tgah renovate rmah selain dgar org menumbuk... Klau skejap x pe lg, ni smpai berjam jam.... Tp ade ckap faktor bangunan... Wallahualam

    ReplyDelete
  10. Apartment saya ada kesemua bunyi tu. Mmg x logik timing bunyi tu sbb mostly tgh mlm dan lpas subuh

    ReplyDelete
Post a Comment