Isu botol BPA : Kenapa lambat bertindak?

Anamarza
1
Dulu pernah buat entry berkaitan botol susu ni kat entry " Botol Susu..Sejauh manakah kita prihatin???" . Entry tu pun dah lama publish dan isu berkaitan botol Bisphenol A (BPA) ni rasanya dah lama dibahaskan dekat negara luar, tapi kenapa kerajaan kita baru sekarang nak tekan kan pasal isu ni. Tempoh setahun untuk pengharaman terus penjualan botol susu jenis ini pun menjadi persoalan.

Mungkin ada betulnya sebab disebalik pemberian tempoh tersebut diberi elok untuk pihak pengeluar dan peniaga. Bagi pihak ibu bapa pulak jangan tunggu sampai setahun jugak baru nak bertukar, bagi yang tak tahu langsung berkaitan isu BPA ni elok la ambil tahu dan cepat-cepat bertukar ke alternatif yang lebih baik.


Kalau tengok gambar kat atas ni, memang nampak perbezaannya kan, memang yang policarbonate (PC) ni nampak clear, jernih, transparentnya terlebih berbanding dengan polypropylene. Ikut logik pun mana ada plastik yang betul-betul clear macam tu, melainkan ianya dah melalui satu proses yang membolehkan ianya kelihatan jernih sebegitu.

Dalam Berita harian hari ni ada diberi sedikit info berkaitan BPA dan sekirannya ibu bapa masih menggunakan botol susu policarbonat, cara pengendaliannya diberi.

INFO: Bisphenol A (BPA)
  • Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
  • Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
  • Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
  • Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
  • Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
  • Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
  • Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

Sumber : Berita Harian (Kenapa Tunggu 2012 haram botol susu polikarbonat)
Tags

Post a Comment

1Comments

Post a Comment