39+ minggu , CTG dan Scan

Anamarza
0
Pagi tadi pergi Klinik tuk rutin check up, minggu ni dah masuk minggu ke-39. Check up tadi semuanya ok, sekarang memang tgh tunggu masa jer, tak tahu la bila baby nak keluar melihat dunia. Ikut EDD ahad ni, tapi kebiasaannya doktor akan check samaada boleh lebih tarikh atau terpaksa dipaksa bersalin. Huhuhuhuhu harap semuanya selamat..berdebar!!!

Tadi doktor dah tetapkan yang Jumaat pagi, kena pergi hospital untuk buat CTG, check jantung baby dan jumaat ni jugak doktor akan scan tuk lihat sama ada air ketuban cukup atau tidak dan check lain-lain sekali, bila dah pasti semuanya okey, mungkin akan diberi tempoh seminggu lagi dari tarikh asal EDD.

Agaknya, memang betul kot baby girl, sebab time Safiyya dulu pun liat jugak nak keluar, sayang sangat nak tinggalkan perut mama, yang ni pun rasa-rasanya lambat jugak, manja sikit kan baby girl mama ni, tak macam Rifqi tak sabar nak keluar, 2 minggu awal dari tarikh jangkaan :)

Masa kat klinik tadi ada sorang nurse tu dia pun preggy jugak, EDD dia bulan april ni, tapi memang nampak macam tak larat dah, tu dia pelik camna saya yang dah hampir sangat nak bersalin nampak cergas jer :) hihihihi , jawapan senangnya sebab saya tak kerje, duk kat umah jer kan, banyak berehat dan berbaring, bukan buat kerje mana pun, setakat jalan sikit dalam dan luar rumah sambil layan dan tengok anak-anak bermain, jemur baju, basuh pinggan sikit, tu jer sekarang kan cuti sekolah ramai mak sedara budak berdua ni yang boleh layan kerenah manja Safiyya dan Rifqi.

Okey la tu jer update check up tadi...Daaaaa!!! Doakan semuanya selamat eik..Amin!!!!
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)