Selama ni pandai makan jer..

Anamarza
0
Salam,

Ni menu minum petang tadi, buat sikit jer, lagipun tak pernah buat dan main bancuh jer adunan tepung tu..selama ni setakat tolong mak buat bulat2 dan letak inti jer,  lagi pun orang lama2 ni bukan main sukat2, kalau tanya pun, mak mesti cakap tengok jer la apa yg mak buat, letak tu letak ni, tak de nya la beritahu betul2 berapa kuantiti air tuk banyak mana tepung..semuanya belajar dari pemerhatian jer...

Buat kuih ni dua jenis , satu yg letak santan dan satu lagi buat stail kuih melaka, inti plak guna gula kabung, tapi tah mana silap nya, malas kot plus nak cepat, saiz nya tak sama besar, hahahaha boleh kata pengaruh inti yg dipotong tu jugak, dah kerat gula kabung tu tak sama saiz, kuih yg terhasil pun sah2 la mengikut saiz intinya kan...alasan...

So ni la hasil kuih yg tak sama besar tu...saiz jer berlainan rasanya tetap sama ;0)

Close up skit!!!
6 biji Kuih Melaka

9 biji kuih...emmmm..kuih apa ni eik? adik beradik kuih melaka?

Biasa mak buat pekat/keras sikit santan tu, cam sy ni tercair sedikit ;0)

Close up lg...hubby kata "setiap kali buat kuih, buat sikit sangat"..hihhii nak buat camna risau buat banyak kang membazir plak...

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)