Dah hampir setahun tak buat ni...

Anamarza
0
Salam,

First day sekolah tuk sesi persekolahan 2011, sempena hari ini hari pertama jadi merajinkan diri buat sarapan yg berat sedikit, sebulan cuti sekolah memang jarang sangat buat sarapan yg berat2, selalu hubby ajak keluar sarapan kat kedai, tu yg tak kisah nak masak sarapan...

Pagi ni buat Nasi Lemak kukus, memang dah lama sangat tak buat nasi lemak, rasanya awal tahun lepas last buatnya..hahahaha..alasannya selalu time plan nak buat nasi lemak time tu jugak la bekalan kelapa kat kedai dah habis, nak guna santan kotak cam malas plak...selalu minta hubby belikan jer time teringin nak makan...sebab tu la hari ni hari yg special, bukan setakat selepas hampir setahun tak buat nasi lemak tetiba terajin buat tapi bertambah2 rajin sebab kali ni first time cuba buat Nasi Lemak kukus...dan yg paling seronoknya safiyya makan sampai bertambah2...Puas hati tgk anak berselera makan....


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)