Perkembangan Janin : Tujuh Bulan

Dibawah adalah perkembangan janin dari minggu ke-30 hingga minggu ke-33.

Perkembangan Janin : Minggu Ke-30
  Source : pregnancytoday.com

Perkembangan bayi anda sekarang:
  • Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. 
  • Berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang
  • Beratnya lebih kurang 1319gm
  • Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual.
  • Bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. 
  • Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya.

My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-30 (source: pregnancy.about.com)
My ImageGambar 3D scan pada minggu ke-30 (source: pregnancy.about.com)
My Image(source: pregnancy.org)

Perkembangan Janin : Minggu Ke-31

Perkembangan janin pada minggu ke-31 ialah :
  • Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda.
  • Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir.
  • Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 
  • Semakin kurang pergerakan yg anda dapat rasai ini kerana dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera.
  • Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran.


      My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-31 (source: pregnancy.about.com)
      My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-31 (source: pregnancy.org)

      Perkembangan Janin : Minggu Ke-32


      Perkembangan janin pada minggu ke-32 ialah:
      • Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram
      • Panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. 
      • Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 
      • Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.
      • Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.
      My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-32 (source: pregnancycheck.com)
      My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-32 (source: pregnancy.org)
      My Image(source: pregnancy.org)

      Perkembangan Janin : Minggu Ke-33

      Perkembangan janin pada minggu ke-33 ialah:
      • Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram 
      • Panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. 
      • Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.Sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula.
      • Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit.
      • Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. 
      • Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.
        My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-33 (source: pregnancycheck.com)
        My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-33(source: pregnancy.org)


        Sumber article : babycenter.com.my (minggu ke-30 , minggu ke-31 , minggu ke-32 , minggu ke-33),


        Coretan Berkaitan :

        Comments

        Popular Posts