Perkembangan Janin : Lapan Bulan

Dibawah adalah perkembangan janin dari minggu ke-34 hingga minggu ke-38.

Perkembangan Janin : Minggu Ke-34
  Source : pregnancytoday.com

Perkembangan bayi anda sekarang:
  • Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram
  • Panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. 
  • Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.
My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-34 (source: pregnancy.about.com)
My ImageGambar 3D scan pada minggu ke-34 (source: pregnancy.about.com)
My Image(source: pregnancy.org)


Perkembangan Janin : Minggu Ke-35

Perkembangan janin pada minggu ke-35 ialah :
  • Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram
  • Panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. 
  • Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut.
  • Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.
  • Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. 
  • Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan. 
  • Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya.

      My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-35 (source: pregnancy.about.com)
      My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-35 (source: pregnancy.about.com)
      My Image(source: pregnancy.org)


      Perkembangan Janin : Minggu Ke-36

      Perkembangan janin pada minggu ke-36 ialah:
      • Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram
      • Panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.
        My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-36 (source: pregnancy.about.com)
        My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-36 (source: pregnancy.org)

         Dipihak anda pula :
        • Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. 
        • Perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. 
        • Menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

        Perkembangan Janin : Minggu Ke-37

        Perkembangan janin pada minggu ke-37 ialah:
        • Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram
        • Panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. 
        • Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.
        • Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.
        • Hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya. Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.
            My ImageGambar 3D scan pada minggu ke-37 (source: pregnancy.org)
            My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-37(source: pregnancy.org)


            Perkembangan Janin : Minggu Ke-38

            Perkembangan janin pada minggu ke-38 ialah:
            • Mempunyai berat badan sebanyak lebih kurang 6.8 hingga 7 paun / 3 hingga 3.2 kilogram dan dia terus menambahkan simpanan lemaknya yang akan membantunya mengaturtepatkan suhu badan selepas kelahiran. 
            • Panjangnya pula lebih kurang 49.8cm.
            • Sistem-sistem organ anak kecil anda sudah terbentuk dan bertempat sempurna, tetapi paru-paru adalah yang terakhir untuk mencapai kematangan. (Selepas bayi dilahirkan, dia memerlukan beberapa jam sebelum dapat memantapkan pola pernafasan yang normal.)
            • Kebanyakan bayi Asia dan Afrika mempunyai mata hitam kelabu atau coklat semasa dilahirkan - mata hitam kelabu mereka akan menjadi betul-betul coklat atau hitam selepas enam bulan atau setahun.Warna mata bayi anda pada saat-saat selepas kelahiran tidak akan berkekalan - dedahan kepada cahaya akan menukar warna mata bayi yang asal.
                My ImageGambar 3D scan pada minggu ke-38 (source: pregnancy.org)
                My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-38(source: pregnancy.org)
                My Image(source: pregnancy.org)


                Sumber article : babycenter.com.my (minggu ke-34 , minggu ke-35 , minggu ke-36 , minggu ke-37 , minggu ke-38)


                Coretan Berkaitan :

                Comments

                Popular Posts