Perkembangan Janin : Dua Bulan

Anamarza
0
Dibawah adalah perkembangan janin dari minggu ke-8 hingga minggu ke-12.

Perkembangan Janin : Minggu Ke-8

Sekarang embrio anda sudah bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda juga semakin meregang untuk memuatkan bayi anda. Perkembangan bayi anda sekarang:

  • Berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter, berat lebih kurang 1gm
  • Sudah berubah bentuk - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi.
  • Tangannya sudah boleh dibengkokkan di pergelangannya, 
  • Jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. 
  • Kelopak mata mula menutupkan mata. 

My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-8 (source: baby2see.com)
My ImageGambar 3D scan pada minggu ke-8 (source: baby2see.com)
My Image(source: pregnancy.org)

Bermula pada peringkat ini juga, anda akan mengalami perubahan fizikal (bentuk badan) seperti:
  • Payudara anda mulai membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. 
  • Ukuran pinggang anda mula bertambah.

Perkembangan Janin : Minggu Ke-9 

Perkembangan janin pada minggu ke-9 ialah :
  • Di penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 0.9 inci / 2.3 sentimeter. 
  • Beratnya lebih kurang 2gm.
  • Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea. 
  • Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan. 
  • Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas. 
  • Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. 
  • Butiran dalaman telinga sudahpun sempurna menjelang penghujung minggu. 
  • Alat kelaminnya sudah mulai terbentuk, namun jantinanya masih belum dapat ditentukan melalui pemeriksaan ultrasound
  • Plasenta juga sudah cukup matang serta mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal.
    My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-9 (source: baby2see.com)
    My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-9 (source: baby2see.com)
    My Image(source: pregnancy.org)

    Semakin menghampiri minggu ke-10, emosi anda juga akan mengalami perubahan. Emosi boleh jadi bercampur aduk dan kurang stabil dimana anada akan merasa serba tak kena dan kadang kala merasa amat gembira. jangan risau kerana emosi yang turun naik ini adalah normal bagi ibu2 yg mengandung.


    Perkembangan Janin : Minggu Ke-10 

    Perkembangan janin pada minggu ke-10 ialah:
    • Fetus hanya sepanjang 1.2 inci / 3 sentimeter dari mercu kepala ke punggung. 
    • Beratnya kurang dari satu per enam auns / 4 gram. 
    • Giat menelan dan menendang. 
    • Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku jari dan rambut yang kelabu seperti bulu. 
    • Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, 
    • Kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang sepenuh badan. 
    • Dahi terbonjol buat sementara dan bertempat tinggi di kepala, tetapi akan kemudian bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia. 
    • Saraf spina menjalar keluar dari korda spina.
      My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-10 (source: baby2see.com)
      My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-10 (source: baby2see.com)
      My Image(source: pregnancy.org)

      Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler, stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas. 

      Perkembangan Janin : Minggu Ke-11 

       Sekarang kandungan anda hampir sampai ke penghujung trimester pertama. Perkembangan janin pada minggu ke-11 ialah:
      • Panjang Fetus jika diukur dari mercu kepala ke punggung,  1.5-inci / 4-sentimeter
      • beratnya boleh mencecah 7gm
      • Sudah mempunyai semua bahagian, dari kudup gigi ke kuku jari kaki. 
      • Sekarang bayi anda sibuk menendang dan meregang; pergerakan-pergerakannya amat lemah-gemalai sehinggakan seperti balet air. 
      • Jari-jari tangan dan kaki sudah terpisah sepenuhnya. 
      • Kini, tugas utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus membesar dan menjadi semakin kuat sehingga ia boleh meneruskan kehidupan secara bersendirian di luar rahim. 
        My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-11 (source: baby2see.com)
        My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-11 (source: baby2see.com)
        My Image(source: pregnancy.org)


        Perkembangan Janin : Minggu Ke-12 

        Perkembangan janin pada minggu ke-12 ialah:
        • Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, 
        • Panjangnya dari mercu kepala ke punggung lebih kurang 2 inci / 5.5 sentimeter
        • Beratnya kurang sedikit dari setengah auns / 14 gram. 
        • Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat.
        • Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala.
        • Hati mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing
        • Sel-sel saraf fetus sedang giat membiak dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak anda) sedang terbina.
        • Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jari tutup jika tapak tangan disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika disentuh kelopak mata, otot mata akan menggenggam.
            My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-11 (source: baby2see.com)
            My Image (source: pregnancy.org)
            My Image(source: pregnancy.org)

            Sekarang, doktor anda sudah dapat merasakan bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen. Apabila anda memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda tidak muat dan tak dapat dipakai lagi. Anda mula menyedari bahawa selera anda pun kembali semula setelah perasaan "mabuk" menghilang.


            Sumber article : babycenter.com.my (minggu ke-8 , minggu ke-9 , minggu ke-10 , minggu ke-11), minggu ke-12)

            Coretan Berkaitan :
            Tags

            Post a Comment

            0Comments

            Post a Comment (0)