Perkembangan Janin : Tiga Bulan

Dibawah adalah perkembangan janin dari minggu ke-13 hingga minggu ke-.16.

Perkembangan Janin : Minggu Ke-13

 Perkembangan bayi anda sekarang:
  • Sekarang panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke punggung
  • Beratnya hampir satu auns / 23 gram - agak separuh pisang. 
  • Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. 
  • Bayi anda mulai menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting, jika anda menusuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya.
    My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-8 (source: baby2see.com)
    My ImageGambar 3D scan pada minggu ke-8 (source: pregnancy.org)
    My Image(source: pregnancy.org)

    Bermula pada peringkat ini juga :
    • Anda akan merasa kesan sampingan kehamilan awal - kerap kencing, terik keletihan, mual - beransur reda di trimester kedua.
    • Uterus anda pula, yang sudah cukup besar untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil, tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. 
    • Payudara anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan untuk bayi anda untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik.

      Perkembangan Janin : Minggu Ke-14

      Perkembangan janin pada minggu ke-14 ialah :
      • Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter,
      • Beratnya satu setengah auns / 43 gram.
      • Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala.
      • Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). 
      • Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.
      • Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai.
      • Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya.

          My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-14 (source: pregnancy.about.com)
          My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-14 (source: pregnancy.about.com)
          My Image(source: pregnancy.org)


          Perkembangan Janin : Minggu Ke-15 

          Perkembangan janin pada minggu ke-15 ialah:
          • Kerap tersedu-sedu, satu perlakuan yang dikuasai bayi sebelum bernafas. Bayi tidak mengeluarkan sebarang bunyi sebab trakea mereka bertakung air dan bukan udara. 
          • Berat fetus anda hanya sekitar 2.5 auns / 70 gram.
          • Panjangnya dari mercu kepala ke punggung hampir 4 inci / 11 sentimeter. 
          • Kaki membesar sehingga lebih panjang dari lengan,
          • Kuku sudah terbentuk sempurna
          • Semua sendi dan anggota boleh bergerak. 
          • Anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi anda dengan ujian ultrasound, sebab genital luarannya sudah berkembang sehinggakan doktor sudah dapat memberitahu anda samada anak itu lelaki ataupun perempuan.
          • Bayi anda bergerak untuk pertama kali. Ramai bakal ibu merasakan pergerakan (diberi nama "gerakan pertama" di antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20. Jika anda sudah biasa hamil, anda akan menyedari perkara-perkara seperti ini lebih awal lagi.

              My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-15 (source: pregnancy.about.com)
              My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-15 (source: pregnancy.org)

              Perkembangan Janin : Minggu Ke-16 

               Perkembangan janin pada minggu ke-16 ialah:
              • Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado.
              • Panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter
              • Berat sekitar 4 auns / 100 gram. 
              • Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan.
              • Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya.
                  My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-16 (source: pregnancy.about.com)
                  My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-16 (source: pregnancy.org)
                  My Image(source: pregnancy.org)

                  Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda.


                  Sumber article : babycenter.com.my (minggu ke-13 , minggu ke-14 , minggu ke-15 , minggu ke-16),

                  Coretan Berkaitan :

                  Comments

                  Popular Posts