Sarapan dengan Donut Kentang....
Salam semua...
Satu lagi entry makan2, kali ni menu sarapan plak, hari ni cam malas nak masak makanan berat, so just buat donut kentang jer la...tu pun saya dan Rifqi jer yg beria makan, my hubby setakat satu ketul jer, padahal ari tu dia juga yg request suruh buat donut kentang..Safiyya pun setakat satu ketul juga, mungkin tak de selera kot, sebab semalam tah berapa kali dia sebut nak balik umah atok, siap plan nak bawa balik mainan lagi, petang semalam makin parah, menangis2 ajak mama dan abah balik umah atuk, ingatkan pagi ni dah ok, berbunyi jugak lagi, mungkin dah lama tak balik dia tetiba rasa rindu kat kampung kot....InsyaAllah sayang, ade peluang nanti kita balik umah atok ya....
Okey la stop membebel pasal anak dara tu, ni la donut kentang yg disnap blur, tah la setting camera ni tak betul lg kot, masih perlu godek2 menu dia nak kasi faham function camera ni mcm mana...
Ok la jom tgk resipi donut kentang ni...:resipi ni saya jumpa kat blog JintanManis..minta izin CnP ya tn empunya resipi...
Happy blogging

Tangan sape la yg enterframe tak sabar nak ngap tu ya???
Ok la jom tgk resipi donut kentang ni...:resipi ni saya jumpa kat blog JintanManis..minta izin CnP ya tn empunya resipi...
Donut Kentang by JintanManis
Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Happy blogging
Comments
Post a Comment