Ber"Laksam" dalam kegelapan...

Anamarza
1
Selamat pagi semua...semoga pagi korang semua dimulai dengan keceriaan...

Pagi ni saya bangun dengan semangatnya nak membuat Laksam, ya la makanan kesukaan hubby dan Safiyya mesti la dibuat dengan penuh kesungguhan, lagipun ni kali kedua saya cuba buat Laksam ni, kali pertama tak berapa puas dengan laksam yg agak keras dan tak berapa nak jadi, nasib baik kuah laksam tu hubby kata sedap, so walau laksam tu tak sempurna mana tapi hubby dan anak2 makan berselera tu yg tekad tuk kali kedua nak buat yg lebih baik...

Cumanya kali ni situasi yg tak disangka2 berlaku, walau tensen tapi tetap rasa puas bila tgk hubby dan Safiyya berselera makannya...hubby bangun2 jer tido terus tanya " masak laksam ker" sebab dia terbau kuah yg baru dimasak...punya la bersemangat bangun kul 5 pg semata2 nak siapkan kuah laksam dahulu, plan lepas solat subuh baru buat laksamnya plak..tapi kita ni hanya mampu merancang Allah SWT juga yg menentukannyakan....


Betul la kot bila time kita tgh bersemangat nak buat sesuatu tu, Allah SWT pasti akan kasi kita ujian untuk  tgk tahap kesabaran dan kesungguhan kita tu sebanyak mana...Dalam kes saya ni pagi tadi masa baru jer mula nak mengukus laksam tu tetiba elektrik terputus, ambik ko..gelap gulita jadinya, waktu tu baru kul 6.15 pg mana dtang cerahnya lagi...terpaksa la pasang lilin, dah jadi macam orang dulu2 jer hidup berpelita tanpa bekalan elektrik...time tu bleh sabar lagi, tapi bila start ade muzik latar konsert melalak dari Rifqi takut gelap, aduh tensen jadinya, susah nak fokus memasak time gelap dan anak asyik melalak, ruang dapur plak sempit...ujian!!!!

Dek kerana gelap tak de la gambar laksam yg disnapnya, lagipun time dah cerah tadi kamera plak tak de hubby bawak p sekolah sbb hari ni ade jamuan perpisahan cikgu sekolah dia yg ditukarkan ke sekolah lain, gara2 ade cikgu baru yg berlainan opsyen masuk, kes ni pun naya, yg masuk cikgu opsyen BM yg dah berlambak kat sekolah tu, tapi yg terpaksa keluar cikgu opsyen sains yg mengajar kelas tahun 6 tak ke naya.. budak2 yg nak periksa terpaksa suaikan diri ngan cikgu lain plak....

Berblog ni pun lewat hari ni, bekalan elektrik baru jer ade semula kul 10.30 tadi, sepanjang 4 jam tadi layan budak berdua ni main sambil layan blues ngantuk boring...okey la nak tahu cara2 buat Laksam ni, boleh tengok resipi laksam kat sini

Post a Comment

1Comments

  1. salam ana,alahai siannye ken bergelap...
    laksam tu pun saya suka

    ReplyDelete
Post a Comment