Anak Saya Tak Cukup Makan ke?

Pemakanan adalah antara faktor terpenting yang menyumbang kepada kesihatan bayi secara keseluruhannya. Adalah penting untuk ibubapa/penjaga mengetahui adakah bayi mereka mendapat makan dengan secukupnya atau tidak..

Tanda-tanda bayi anda tidak mahu makan:

* Menutup mulut apabila mahu disuap
* Meluahkan makanan yang disuap
* Menolehkan kepala apabila mahu disuap
* Bagi bayi yang makan sendiri pula, dia akan mula bermain-main dengan makanannya.

Tanda-tanda bayi anda masih mahu makan:

* Badannya ke hadapan menunggu untuk disuap
* Membuka mulut apabila mahu disuap
* Cuba untuk mencapai makanan dan memasukkannya ke dalam mulut
* Menangis apabila melihat orang yang menyuapnya berlalu
* Menjilat bibir
* Menghisap tangan atau jari

Tanda Anak Tidak Cukup Khasiat:


* Rambut : mudah gugur, kering, tak bermaya
* Kulit : pucat, kering, berkedut, bersisik, mudah lebam
* Mata : gelang hitam di bawah mata, tidak bersinar
* Bibir : pecah, pucat
* Gusi : Lembut, mudah berdarah
* Gigi : rapuh dan banyak kaviti
* Lidah : pucat dan lembut
* Kuku : rapuh, nipis
* Tulang : kaki bengkok

Comments

Popular Posts