Tanggungjawab Ibubapa Terhadap Anak-anak

Anamarza
0
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendiri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
Satu kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Diakan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
- Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

- Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
- Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
- Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh
- Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda,
- Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
- Ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
- Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
- Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih diripada sekali
- Ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka
- Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.

- Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
- Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
- Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
- Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
- Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
- Tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula teras sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
- Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

========================================================

Didikan

*Memerhati kecenderungan anak-anak (suburkan kecenderungan yang baik dan kawal kecenderungan yang buruk),
*memberi tunjuk ajar mengenai ilmu-ilmu agama dan adab serta menambahkan minat mereka kepada pelajaran.
*Ajarlah mereka cara berhadapan dengan semua lapisan masyarakat dan memuliakan setiap orang yang digaulinya.
*Ajar mereka menghormati ayahnya dan orang yang lebih tua.
* Tanamkan rasa cinta terhadap peribadi Rasulullah s.a.w, ahlul bait dan sahabat-sahabat baginda.
*Ajar mereka Al Quran dan tanamkan rasa cinta kepada Al Quran
*Biasakan mereka menjalani cara hidup Islam seperti melazimkan mereka dengan doa apabila hendak membuat sesuatu, mempastikan mereka sembahyang apabila masuk waktunya dan sebagainya.
*Hendaklah didik anak-anak agar berakhlak mulia dan puji mereka apabila mereka dapat memperlihatkan akhlak yang mulia.
*Apabila anak kita nakal, latihlah ia dengan perasaan malui aitu malu melakukan perkara yang keji dan nasihatlah mereka dengan kasih sayang.
*Laranglah anak-anak daripada bersumpah samada benar atau salah kecuali di dalam keadaan darurat.
*Ibubapa hendaklah sentiasa mendoakan anak-anak agar menjadi soleh atau solehah dan jangan memaki dan menyumpah mereka.
*Laranglah anak-anak bermain di hadapan orang yang lebih tua.
*Selalu mengingatkan anak agar berbakti kepada kedua ibubapa.
*Anak-anak hendaklah sentiasa diawasi dan dilarang bergaul dengan kawan-kawan yang buruk akhlaknya.
*Elakkan mereka bergaul dengan mereka yang telah dibiasakan dengan kemewahan seperti memakai pakaian yang mewah, tidak menutup aurat dan sebagainya.
*Latihlah anak-anak agar berdiri apabila didatangi oleh orang yang lebih tua atau bercakap dengan mereka.
*Jangan melatih anak-anak melakukan kerja dengan secara rahsia kerana ia akan melatih mereka untuk membuat kemungkaran secara senyap-senyap.
*Latihlah mereka mendirikan sembahyang apabila sampai umur mereka tujuh tahun. Dan boleh dipukul apabila sampai umurnya sepuluh tahun.
*Selalu mengajar anak agar takutkan Allah. Ajar mereka mengenal Allah.
*Menasihati dan mendenda anak-anak Jika sekali sekala anak melakukan kesalahan ia patut dimaafkan sekiranya kesalahan itu tidak merbahaya dan tidak disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.
*Anak-anak yang melakukan kesalahan jangan dicaci supaya mereka tidak terbiasa dengan cacian. Cacian yang melulu membuatkan mereka berani melakukan kesalahan itu lagi.
*Seorang ayah jangan selalu memarahi dan memberi malu pada anak-anak sebaliknya membarikan tunjuk ajar yang baik berkali-kali sehingga anak itu terbiasa dengan kebaikan itu *Seorang ibu harus menasihatkan anaknya supaya segan dengan bapanya dan meninggalkan segala kelakuan yang buruk.
*Kasalahan anak hendaklah dinasihati dahulu sebelum dirotan. Jika anak-anak dipukul dengan rotan, pukul tanpa mencederakan dan jangan bagi peluang kepada orang lain untuk membantunya. Sebaliknya biarlah dia menahannya sebagai pembalasan kesalahan yang dilakukan.
*Utamakan menasihati, mengajar dan mendidik anak agar beradab daripada merotannya. Denda biarlah yang berpatutan dengan umur dan kesalahan anak serta dengan niat mendidik, bukan kerana marah.

1. Ajarlah anak-anak agar makan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Antaranya :
*Mengambil makanan dan menyuap dengan cara yang betul yakni dengan menggunakan tangan kanan.
*Jangan biarkan dia menggunakan tangan kiri.
*Membasuh tangan sebelum menjamah makanan.
*Membaca doa makan dan memulakan makan dengan bacaan Bismillah.
*Jangan makan sebelum orang yang lebih dewasa memulakan makan.
*Jangan memandang makanan dengan pandangan yang tajam.
*Ingatkan anak-anak supaya jangan banyak makan kerana banyak makan itu akan melahirkan sifat malas. Dan perut yang dipenuhi makanan itu dibenci Allah. Orang yang kurang makan itu mudah menerima ilmu.
*Didiklah anak-anak agar tidak cerewet dan berpuas hati dengan makanan yang ada.
*Beri anak-anak makan barang yang halal tanpa syubhat kerana kesucian makanan itu mempengaruhi roh.


2. Pakaian dan perhiasan
*Jangan biasakan anak-anak dengan perhiasan dan cara hidup yang mewah. Kerana ditakuti apabila besar nanti ia akan menghabiskan masa untuk mengejar kemewahan tersebut. *Anak-anak lelaki hendaklah dilarang memakai sutera atau pakaian yang berwarna warni. Kerana keduanya itu adalah pakaian perempuan.
*Biasakan anak-anak berpakaian lengkap menutup aurat serta tanamkan sifat malu di dalam diri anak-anak.
*Latih anak-anak berpakaian yang melambangkan syiar Islam seperti tudung, kopiah, baju melayu dan pakaian orang soleh.
*Ajar anak akan adab berpakaian iaitu hendaklah dimulakan memakai bahagian yang kanan dan apabila membukanya dimulai dengan bahagian kiri. Ajarkan anak doa memakai pakaian dan membuka pakaian.


3. Tempat tidur
*Pisahkan tempat tidur anak-anak dari tempat tidur ibu bapa apabila anak-anak itu sudah mengerti pergaulan suami isteri, selewatnya-lewatnya apabila berumur 9 tahun.
*Pisahkan juga tempat tidur anak-anak lelaki dan perempuan.
*Ajar anak-anak akan adab tidur. Antaranya : Berwudhu' sebelum masuk tidur. Membaca doa tidur. Tidur mengadap kiblat sama ada mengiring ke kanan dada mengadap kiblat atau kepala ke arah kiblat
*Jangan biarkan anak tidur di dalam satu selimut.
*Ceritakan kisah-kisah nabi, para sahabat dan cerita-cerita orang yang soleh dengan niat hendak mendidik anak-anak dan menanam sifat taqwa, berani dan berakhlak.
*Latih anak-anak bangun untuk bersembahyang subuh (bergantung kepada umur)
*Ajar doa bangun dari tidur.
*Apabila bangun dari tidur ajar mereka membasuh muka dan mencuci tangan supaya bersih daripada najis- najis yang mungkin terpegang semasa tidur.

Sumber di petik dari : http://roszakari.blogstarz.my ,
http://www.iluvislam.com

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)