Celebrity card..bleh percaya ke???

Anamarza
44

Dua minggu lepas adik lelaki saya mendapat satu panggilan berkaitan celebriti card ni, tapi tak pasti la pulak panggilan dari syarikat mana. Adik saya ni pulak bukan nak cerita betul2, saya tahu pun sebab tak sengaja terdengar dia bercakap semasa menjawab panggilan tu dan jugak daripada akak saya sebabnya adik saya ni risau dan tanya kat akak saya pasal celebrity card tu .

Si pemanggil tu seorang perempuan...dan dia tanya adik saya ni samaada ade memiliki kad kredit @ kad debit maybank. Kononnya adik saya ni bertuah la sebab terpilih antara ramai2 orang untuk memiliki VIP membership card / celebrity card tuh. Bayaran 'permulaan' adik saya kena bayar lebih kurang RM500. Tah apa la yang di cakapkan kat adik saya ni lagi, sampaikan si pemanggil tu boleh minta nombor kad maybank Cherry tu, katanya sebagai bayaran pendahuluan yang RM500 tu la...hmmm kat sini dah nampak sedikit mencurigakan......

Ya la kalau betul la "bertuah terpilih" kenapa tak pos je kad tu tak pun hantar maklumat lanjut berkaitan program celebriti kad ni sekali dengan borang jawapan samaada berminat atau tidak. Minta alamat kan dah cukup, kalau rasa berminat baru la sape2 yang 'bertuah' 'reply' kata berminat dan buat bayaran. Bab bayaran pulak bagi la pilihan samaada nak bayar tunai ke, cek ke atau kad kredit...tak ke lebih meyakin kan??????

Bagi saya la, sekadar satu panggilan kata dapat tu menang tu susah la nak percaya. Terutama zaman sekarang ni, dah banyak kes terjadi ada yang kata menang percutian percuma la tapi bila dah dapat hadiah tu kena bawak beg yang diberi oleh 'penganjur' tu sekali..tup tup sampai kat destinasi percutian bukan bercuti kat tempat yang diharap kan sebaliknya duduk dalam penjara sebab ditahan memiliki dadah...tak ke kes naya cam tu????????

Tapi kalau panggilan tu kata dapat vaucer penginapan 3 hari 2 malam di resort atau hotel dalam malaysia ni...yang ni bleh percaya skit la. Contohnya panggilan dari syarikat timeshare macam berjaya ke, legend ke bla bla bla...boleh diyakini sebabnya dia akan cakap sila ambil vaucer tu sekian2 hari di sekian2 tempat tanpa perlu diberi nombor kad kredit atau sebarang bayaran lain la. Tapi perlu diingat selalunya diaorang ni tak da la nak bagi senang2 cam tu je...datang ambil terus balik...macam tu rugi la diaorang dan tak sampai la tujuan plak. Paling kurang pun kita kena mengadap diaorang paling kurang sejam untuk dengar penerangan pasal program timeshare tu je.

Bergantung kepada individu nak mempercayai satu2 panggilan seperti ini, tapi satu nasihat saya jika semasa menjawab panggilan tersebut si pemanggil meminta nombor kad kredit / kad debit berfikir la sewaras yang mungkin jangan mengikut nafsu....

Dibawah ni satu contoh iklan berkaitan celebriti kad ni, mungkin diaorang ni tak terlibat langsung dengan panggilan2 yang meminta nombor kad kredit ni...(agaknya). Terserah pada anda untuk menilainya...........

==============================================================

SELAMAT DATANG KE PROGRAM KEAHLIAN “CELEBRITY CARD”

Kami dengan amat berbangga mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan ke program Celebrity Card. Ingin dipaparkan kepada Tuan/Puan bahawa program ini telah direkayasa bagi memenuhi keperluan pengguna di Malaysia. Kami sentiasa prihatin tentang keperluan dan kehendak para pengguna kerana kami juga merupakan pengguna seperti Tuan/Puan. Namun dalam usaha-kerja memenuhi program ini, kami terpaksa akur kepada beberapa batasan dan had untuk memuatkan program pada kadar RM499. Oleh itu pada hakikatnya memang kami akui tidak berkemampuan serta berjaya untuk memenuhi kesemua cita-rasa pengguna Malaysia yang melebihi 20 juta orang. Akan tetapi, apa yang dapat kami tekankan adalah bahawa faedah dan kemudahan yang terdapat dalam pakej ini jauh lebih tinggi nilainya berbanding dengan harga muka program Celebrity Card. Sekiranya diperhitungkan satu-persatu faedah yang terdapat dalam program ini, kami berani menjamin bahawa ahli akan memperolehi perbagai penjimatan, ditambah pula dengan program diskaun dan pakej istimewa dari faedah yang ada, mampu menjadikan program Celebrity Card sebagai penjimatan bonanza yang tiada penghujungnya.

Kami amat berharap agar Tuan/Puan dapat menggunakan Celebrity Card ini ke tahap maksima. Jaminan kami bahawa program ini sesuai untuk digunakan serta dimanafaatkan dalam kehidupan harian Tuan/Puan. Celebrity Card boleh disimpulkan sebagai Praktikal, Mudah dan Tinggi Kegunaannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengapa bayar jika anda boleh pergi bercuti SECARA PERCUMA? Ini bukan penipuan, syarikat kami ***************** akan memberikan anda pakej percutian ini ke salah satu 6 destinasi pilihan anda setelah anda meyertai program keahlian celebrity card kami.

Apakah kelebihannya?
Perlindungan Insuran Kemalangan Peribadi : RM100,000 dari **************** (Sah 1 tahun)
• Diskaun Pemeriksaan Kesihatan (sah untuk seumur hidup)
- Diskaun klinik panel
• Bantuan Diskaun Penginapan (accommodation) serta diskaun (untuk seumur hidup)
• Bantuan Tempahan Perjalanan (travel) serta diskaun (untuk seumur hidup)
• Bantuan Diskaun Percutian (vacation) serta diskaun (untuk seumur hidup)
• Bantuan kemudahan Golf serta diskaun (untuk seumur hidup)
• Kemudahan serta diskaun pakej Foto Studio (untuk seumur hidup)
• Perkhidmatan Bantuan Kenderaan (auto breakdown assistance) (Sah 1 tahun)

kos perlindungan insuran kemalangan peribadi diatas adalah jauh lebih kecil daripada jumlah yang anda bayar sekarang. Katakan anda membayar RM100 sebulan selama 12 bulan. kosnya sudah mencapai RM1200 HANYA untuk perlindungan kemalangan itu. Katakan anda hanya demam biasa atau mungkin family anda memerlukan konsultasi doktor di klinik panel. Kosnya mungkin sekitar RM40-RM80. Tapi apakah yang insuran kemalangan diri anda boleh bantu ketika itu? Kami boleh! dengan potongan caj bayaran sehingga 30%, anda tentu akan tersenyum walaupun dalam kesakitan..

fakta: sendi jari anda juga dilindungi dalam program keahlian kami tau! carilah mana2 syarikat lain yang sudi menanggung jari anda.. :(

nak tau lebih lagi? anda boleh melawati website diatas ataupun call kami je! senang lagi untuk anda bertanya melalui telefon, dan kami jawab kan? kalau rasa2 minat tu sediakanlah visa atau master anda ntuk melancarkan proses urusniaga ini. Salam sejahtera dan Semoga bergembira menjadi salah seorang celebrity kami!!

====================================================================

Post a Comment

44Comments

  1. My sister baru jer beli celebrity card, rasanya memang confirm tipu la. Cause we all telephone line engage jer.. pastu website dia dah kena suspend.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas post ni. Saya pn dpt terima pangilan (call) ni pagi tadi, & saya dah tercakap no. kad saya ni. Dia org bleh potong sesuka hati ke? Dia mtk RM499 jgk... :/

    ReplyDelete
  3. saya baru terima panggilan yang sama dari syarikat tersebut. saya dah beri apa yang diminta, ada seorang wanita(company) maklumkan kalau kita dah confirm nak ambil package tu, tak boleh nak cancel dengan bank. betul ke?
    apa-apa pon nie no tel yang diberi : 03-22732600 (en. asri, reeno, daniel)

    ReplyDelete
  4. celebrity card ni tipu.. ramai orang dah kena termasuk lah saya..hehe... tapi setelah sekian lama senyap, celebrity card ni sudah timbul kembali... 2 hari lepas saya terima panggilan dari celebrity card mengatakan yang mereka akan hantar kad baru... jadi dia mintak no kad kredit.. saya cakap call balik, pastu saya tak jawab langsung call dia... yang peliknya, dia call pakai no hp 016... takde ofis ke? hahhaa...

    ReplyDelete
  5. New website - www.newvenus2u.com

    Rasanya syarikat ni sdg update websitenya pada masa tu, sebab tercatat 2 website pada buku maklumat yg diberikan. dan website ni masih aktif
    www.newvenus2u.com

    ReplyDelete
  6. UPDATE: lagi bukti penipuan - 1st time, dia mintak bayar untuk sekali seumur hidup.... setelah lama menyepi, saya terima panggilan dari celebrity card ni lagi hari ni... dia cakap bayar brape entah untuk renew.. saya cakap saya tak nak renew.. tapi dia bleh plak tahun depan baru bleh terminate... suka hati je... orang tak nak renew, suka hati la.. dah la kata bayar sekali untuk seumur hidup.pastu mintak bayar lagi..

    ReplyDelete
  7. TENGAH HARI TADI TERKENA..TAPI CEPAT2 CALL CUSTOMER SERVICE CARD..BLOCK KAD DAN MINTA BUAT KAD BARU..DALAM DOK BERJAGA2..PUN TERKENA..

    ReplyDelete
  8. masa call tadi..pihak bank tu cakap..pihak celebrity card sudah minta potongan dibuat sebanyak RM499. tapi bamk tak potong lagi cuma menunggu pengesahan saya.nasib baik teringatnak cek dlm internet dulu..kalau tidak....tapi sampai petang tadi mereka masih call saya nak confirm pengesahan saya dengan bank...yang takutnya diaorang dah tau no ofis..camna ni..????

    ReplyDelete
  9. hi..saya juga dpt panggilan ini lebih kurang 7 bulan yang lalu...dan saya dah TER join pun...
    tapi saya punya berjalan lancar dari pemotongan smpi servis...hari tu saya nak cuti di kuching sarawak, Alhamdulilah sume mereka uruskan...
    so saya tak tau mana yang betul ni...

    ReplyDelete
  10. HEY GUYZ... I PN ADE USE DIZ CARD BUT XDE PROB PN.. SUME OK JE. NK BCUTI PN SENANG SUME DEY ALL YG URUSKN. JUZ CAL JE. EVEN RESERVATION FLIGHT TICKET SIAP DPT DISCOUNT LG. I XPYH SUSAH2 NK BUAT RESERVATION. FRANKLY I XDE PROB PN NGN CARD NI.. MAYBE SUM OF CO YG MNIPU KOT.. MAYBE DEY ALL ADE SUB2 2 CO LAIN.. YG PENTING I XKNE TIPU. HUHUHU.... I XDE PN KNE CHARGE PAPE. MONTHLY KE YEARLY KE, MAINTENANCE KE, SERVICE CHARGE KE.. XDE PN.

    ReplyDelete
  11. hye all..i ade bace blog ni 3hari lepas..risau jgak sbb i dah join pun...tapi smlm i lege koz dorang dah anta pon kt umah....means i x kna tipu la cam korang...tapi mmg btol laaa...celebrity ni bkn tipu....yg dah approve sume dpt....yg bising2 tu maybe x proceed ngan offer dari dorang...hehe...sbb x de duit kot....tapi x yah la burok kan kompeni tu...anyway ktorang 1 fmly nk gi holiday kat sabah...sume celebrity tanggng...best woooo!! bye......

    ReplyDelete
  12. salam guys..saya ada dapat kol dr sorang pompuan yang ofer kad celebrity ni..dia terangkan banyak benefit ttg kad ni...mulanya saya malas nak layan sebab saya rasa benda ni tipu.then,saya kata kol balik coz saya nak tengok laman web dulu..esoknye pompuan tu kol lagi tanye keputusan saya..then saya cakap saya tak berminat...tapi pompuan tu terus pujuk n sanggup bg no ic dia kat saya..last2 saya setuju jugak walaupun hati saya berbelah bagi...after 2weeks,alhamdulillah saya dapat kad 2 n dah pergi bercuti spt yang dijanjikan...saya bersyukur sangat sebab tidak menjadi mangsa penipuan seperti ape orang lain katakan.bg saya tak sume company tu menipu..dan yang paling best sekali saya ngan pompuan tu dah jadi kawan plg baik...so diluar sana janganlah terlalu cpt beranggapan buruk terhadap orang lain.kita pun bukan manusia yang sempurna...

    ReplyDelete
  13. saya baru je terima paggilan telefon 2 pg td..dia ckp la dpt byk benefit kalau dpt card itu..x sure whether dia ckp betul ke tak..

    ReplyDelete
  14. hai,

    kepada anonymous (inilah die blog orang yg kurang pandai tapi nak jadi pandai la konon nak cakap orang menipu...March 12, 2010 5:00 PM)Saya tak kata semua company yg buat celebriti card tu menipu,Syukur la pada yg tak berhadapan dengan masalah, tapi sebagai manusia tak salah kita berhati2.. tujuan saya publish story ni sekadar untuk berkongsi cerita sahaja..depends pada individu untuk terima offer atau tidak, cuma pada pendapat saya berhati2 la bila serahkan nombor card credit dan expiry date card tu, saya pernah berkerja dengan company yg menawarkan pakej holiday ni, ade sesetengah pekerjanya kerana nak capai target diaorang main belasah jer charge credit card members sampaikan members sakit dada time shopping card credit dah over limit..so berhati2 jer la, maybe sekarang ni bank dah strict..ape2 pun beringat tu tak salah dan cari info untuk sebarang kemungkinan :)

    ReplyDelete
  15. Dapatkan approve dari mana2 pihak baru sebarkan berita lain kali.....berhati2, takut2 niat yang baik akan menjadi masalah pada diri sendiri.

    ReplyDelete
  16. salam..

    anonymous, saya just nak tanya, u dapat card tu dorg offer ke you apply?then, for the payment yg dikenakan, you byr ade isi borg ape2 ke or dorg just potong dr account you?then, bpe lama you dapat that card?

    ReplyDelete
  17. saya pun baru dapat panggilan dari celebrity card. bagi orang yang takde duit macam saya ni, membazir je.

    ReplyDelete
  18. hai,i pon ade trime pnggilan ni smlm..actually i trime;but then i pk blik;so many benefits...so i just query blik la...my frend also feels like that..actually i da pun terbagi all about my details;tp ble ati ni da xsedap semacam i call my bank;terminate trus my creadit card...i got 2 combine card since mac 2011 but never used (sbb bukan i apply;****bank yg bagi--yg ni xtipu la,sbb dia suruh i g ambil kat bank tu n i've got the cards);syukur;i oredy confirmed with custumer service bank tu yg i xkene byr ape2!!!!that means yg transection tu xbuat lagi la...skrg;i da xde creadit card...n xmau mohon or trime lagi creadit card...sbb i xtau mane panggilan yg betul or palsu...pengajaran yg sgt baik pada diri saya supaya xpayah gune creadit card;guna cash lagi bagusssss....moral of the story;pk baik2 sblm wat kptsn..for those yg xkene tipu 2,bgs la;tapi still u all gune creadit card;perlu d ingtkan yg creadit card akan membebankan u all 1 ari nnt kalo x control penggunaannye...by2

    ReplyDelete
  19. saya baru dpt pgln dari celerity card tadi suruh renew insyuran dalam 300.00 katanya kena bayar jugak sebab baru tahun ke 2 lepas nie blh guna selamanya tak yah bayar lagi tapi masa mula bayar 499 kata tak yah bayar lagi tapi penipu saya kata tak nak tapi di paksanya jugak malasnya nak layan saya tipu kat dia seruh call balik bulan depan bulan depan bila dia call tak yah angkat lagi la. nei no dia 0162627684

    ReplyDelete
  20. sy pon ade dhubgi perempuan utk card ni..tp stlh sy semak no ic nya yg diberi pd sy, mmg confirm tipu.xder pun dalam senarai JPN.so mmg tkleh nak pecaye.

    ReplyDelete
  21. sy pon ade dhubgi perempuan utk card ni..tp stlh sy semak no ic nya yg diberi pd sy, mmg confirm tipu.xder pun dalam senarai JPN.so mmg tkleh nak pecaye.

    ReplyDelete
  22. nasib sy...lmbt btindak...499 dh masuk dlm kad credit 2...sy tau die dh masuk dlm kad kredit lps sy p bank 1jam lps trime n bg infro sy...adussss...tnye bank,499 2 mcmane???sy kene bayar ke x...die ckp tggu siasatan...mungkin xyh byr n mungkin kne bayar...so sape yg alami lh bg info x,kne byr ke x akhirnye???

    ReplyDelete
  23. nasib saya pula, saya dah terberi semua info, yang herannya pula dari mana entah dia dapat info saya tu saya tak pasti. Cepatnya mereka bertindak, pemotongan bayaran pendaftaran telah dibuat dari kad kredit saya keesokannya. bila saya hubungi dua tiga kali tak dapat saya terus mesej. lepas tu baru dia orang telefon saya. saya nak minta batalkan, tapi dia orang kata tak boleh sebab dah buat pendaftaran. saya kata, hanya pendaftaran saja, macammana pula tak boleh dibatalkan, dia kata saya telah setuju sebelum ini dan rekod suara saya pun ada. Sesiapa ada idea untuk saya batalkan pendaftaran tu!!

    ReplyDelete
  24. pijot, aku pun br dpt call sama cam bro gak ari ni suruh renew insurans rm249++ padahal mula2 reg dulu kata taknak sambung ok je utk thn kedua. menyirap darah aku ni td siap ugut2 dia lagi. pastu aku call centre dia terus tanye pasal tu mujur dia kata kalu kita kata tak nak dia takkan approve.(so korg kena hati2 sbb syarikat ni potong duit card credit korg dgn kaya yes atau setuju je) mungkin gak ade sesetengah agen dia nk kaut komisyen tu yg wat macam2 cara nk untung. no yg call aku td no ni 0162627642. no centre yg aku call lak 03-26936880. kalu potong cc aku mmg nk kena bawak ke TRIBUNAL ni biar padan muka dorg.

    ReplyDelete
  25. salam
    saya dah guna kad ni
    setakat ni tak de masalah
    banyak yg leh diskaun..

    ReplyDelete
  26. SALAM.....PADA TAHUN 2011 SAYA TELAH MENERIMA TAWARAN DARI CELEBRITY CARD. DENGAN PENUH "KEBODOHAN" SAYA PUN MENERIMA TAWARAN ITU DARI MEREKA. LALU KEESOKKAN HARINYA RM499 TELAH MASUK DALAM KREDIT KAD SAYA...SAYA REDHA SAYA BAYAR JER..TAPI SAMPAI HARI INI.SAYA TIDAK MENERIMA SEBARANG KEISTIMEWAAN DARI PEMBAYARAN RM499 UNTUK KAD TERSEBUT. TETIBA HARI INI 8 FEB 2012, SAYA MENERIMA PANGGILAN DARI SYARIKAT INSURANS TERSEBUT MEMINTA SAYA MEMBUAT BAYARAN INSURANS UNTUK TAHUN KEDUA. APABILA SAYA BERKATA SAYA TIDAK BERMINAT DAN TIADA MASA. PEREMPUAN ITU LANTAS MENGATA SAYA BIADAP...SUNGGUH SOPAN PEREMPUAN YANG MELABEL ORANG LAIN BIADAP SEDANGKAN DIA BOLEH POTONG DUIT RM499 SAYA TANPA SAYA DAPAT APA2 FAEDAH....KEPADA TUAN/PUAN YANG LAIN..TERPULANG KEPADA ANDA ITU MENILAI DENGAN AKAL SAMA ADA MENERIMA / MENOLAK MANA2 TAWARAN..DUIT ANDA. HAK ANDA..SAYA CUMA INGIN BERKONGSI PENGALAMAN AGAR MENJADI IKTIBAR KEPADA YANG LAIN

    ReplyDelete
  27. sok saya baru nak try call....mmg kena renew ke?dulu kaler purple...skrg macam da berubah kaler je...

    ReplyDelete
  28. sy dah bedaftar dgn celebrity card ni tp setakat ni ok jer,memang setiap tahun mereka ade hubungi sy utk renew insuran tp sy xnk,so x jd masalah,,,card n benefit die tetap leh guna sampai bila2,now setiap kali nk pg holiday celebrity yg uruskan,

    ReplyDelete
  29. terima ksih dengan semua opinion.saya ada terima 2 panggilan dari 2 company yang berbeza.menawarkan kad diskaun dari company pelancongan.saya ingat pada mulanya 1st company nak followup saya untuk confirmation dengan tawaran diorang.tapi sangkaan saya salah bila 2nd company yang call saya bagitau dia tak pernah hubungi saya sebelum ni..dan semua term sama dengan 1st company..cuma bayaran yang dikenakan untuk kad ni berbeza..1st company perlu membayar RM 499 dan 2nd company RM 598..saya dah mula ragu2..kemudian bila saya call bank saya cuba tanya tentang pemotongan kad kredit saya telah dibuat ada sebaliknya..bank memberitahu pemotongan pernah dibuat tapi gagal.saya tak pernah kata nak bersetuju melainkan mendengar term dari diorang.saya terus block kad kredit saya.dan meminta pihak bank membuat kad baru bagi menggantikan kad saya.walaupun dikenalan cas RM 50.00 saya rela jika pemotongan RM 499 atau RM 598 dibuat.Pihak bank memberi peringatan jangan sekali2 mendedahkan semua detail kad dan peribadi kita pada orang yang tidak dikenali.mungkin ada unsur penipuan disini.

    ReplyDelete
  30. slm....sya prnh kena sthn lalu...sama cam pengalaman semua kat sini....mula sya ingat panggilan tu dr pihak bank so semua detail saya bg siap no kad kredit sya tu...adoiyai...bila dah bg tu bru sya sdr napa sya bg no tu..sya terus call bank tgk mmg kompom duit sya dah kena amek...sya terus srh bank block kad kredit sya...sya try call blk no yg dbg td....siap bg nama penuh ngan ic lg org tu...kompom xdpt...pastu sya redhalah sya tertipu..pastu kes tu senyap mcm tu ajelah..sya mula blajar dr kesilapan....sehari dua ni diorg call blk...sya xlyn..blh ke sya wat camtu???xlyn...lama2 senyap kot.....dr apa yg sya bc komen kat sini...klau kita xrenew insurans tu xjd masalah erk????

    ReplyDelete
  31. saya dh TERKENA 3 thn lepas...tak lama lepas wat kad kredit bank islam..saya terima panggilan bg tau tentang kad evo untuk diskaun tempat menginap n klinik2 panel. Seratus lebih gak mereka amik dr kad kredit. Bila dh dapat kad..saya belum jumpa tmpat yg ada stiker EVO untuk guna kad ni sampai sekarang. 2 tahun lepas celebrity card plak call masa saya tgh bz menawarkan diskaun untuk team park, hotel n bil ubat dari klinik dan hospital terpilih di seluruh negara. Saya tanya termasuk Specialist Alor Akar Kuantan ker?? Katanya ya. Sebab tu saya setuju dengan bayaran RM499. Bila dh setuju baru teringat kat EVO, nk cancel xleh sebab dia kat dh setuju. Dpt kad saya search internet rupanya specialist ni tak termasuk pun..call pun bg tau perkara yang sama. Paling saya bengang..naper laa MENIPU!!!!Kira reda tak der rezeki jer la. Lepas ni serik x nak setuju apa2 melalui telefon.Mula2 memang dapat insurans percuma..lepas tu kena renew..sesape yg terkena...jangan setuju nk renew...pihk insurans ni akan call selagi kita tak kata setuju. Tapi dia tak leh wat apa selagi kita x setuju. jgn sekali2 bg no. kad kredit. Bli insurans dari agen yg sah, jgn terima melalui telefon jer.

    ReplyDelete
  32. Salam, sekadar ingin berkongsi,setahu sy mmg ada bebrp sykt diluar sana yg menjalankan bisnes ni tp berhati2lah. Jika ada yg ingin mencaj kad tanpa memberi kelonggaran masa, lupakan saja tp memberi peluang utk kita berfikir dulu mungkin itu lbh baik.

    ReplyDelete
  33. Saya pun kena tipu. Kena perempuan muslim yang bernama LINDA ni nak buat demikian demi menipu. Saya amat menyesal menpercayai dia dan ingatkan semua ni adalah busines halal. Pada halnya apabila i call back no 0147286628 atau no ofis 03-22738622 untuk siasatan lanjut memang sah tiada dalam perkhidmatan atau tidak wujud. Si LINDA tu menyatakan dia dari pihak Celebriti Card dan segala maklumat peribadi i dia tahu dengan jelas. Lepas i buat siasatan dengan company yang sebenar tu memang tidak wujud perempuan muslim yang bernama LINDA. Semua kawan i tegur i mcm org bodoh dan senang percayai orang. I tidak tabah hati dengan sendiran dari kawan-kawan dan hampir nak bunuh diri semalam. Kemudian kawan baik aku tengok i mcm semacam dan tidak tenteram. Lepas tu kawan baik aku bawa i pergi buat laporan polis dan mendawka bahawa ejen Celebrity Card ini telah lalai dalam tanggungjawab dalam kebocoran maklumat penting peribadi kita. Staff Celebrity Card yang sendiri terlepas kata-kata sedemikian "maybe ex-worker yang leak out information sebab saya bukan org pertama yang buat aduan". Memang hampa betul dengan Ejen Celebrity Card. Danny LOH pengarah celebrity card ... sila jelaskan dan anda perlu bertanggungjawab atas kebocoran maklumat peribadi ahli ke merata tempat. Memang sia betul hidup saya dengan seolah-olah mcm diperbodohkan.

    ReplyDelete
  34. Baru2 ni i juga terima panggilan Celebrity Card drpd no ini juga 014-7286628. Gadis bernama Linda yang menawarkan pakej bermacam-macam spt percuma percutian penginapan di Hotel NAZA, kad diskaun kilnik merangkumi hampir seluruh Malaysia, Insuran nyawa, dll. Dahsyat betul! umat islam tipu sama umat islam. Apa..lah dah jadi dgn anda. Berdosa besar cari rezeki dgn cara yg tdk jujur. Hanya tuhan yag tahu kebenaran. Bertaubat lah.

    ReplyDelete
  35. Biadap betul servis yng diberi oleh ejen Celebrity Card. Entah mcm mana Danny Loh lahirkan pekerja yg begitu kurang ajak sehingga boleh suruh customer call balik di waktu lain dgn alasan dia sibuk sekarang tanpa meminta maaf.

    ReplyDelete
  36. hai, just nak share.. tahun lepas, saya pun dah kena tipu dengan syarikat yang sama dgn harga rm499. ape yang buat saya geram bila tengah hari tadi company yang sama meminta saya membayar rm299 utk yuran tahunan bagi keahlian bagi tahun 2014. apbila saya ingin membuat pembatalan keahlian, dia menyambungkan saya kepada superior dia. apa yang lebih mnyakitkan hati bila superior dy suruh saya cakap setuju bagi tujuan pemotongan rm299 dan dia siap terangkan "kalau puan nak buat pembatalan, puan kne tunggu tahun depan". tp saya tetap cakap "tak setuju. sudah2 lah tipu duit orang sebab awak bagi anak awak makan dengan guna duit gaji hasil menipu orang." lepas tu dia hempas telefon. moral of the story, jangan pernah cakap setuju. dan segeralah tukar kad credit anda kepada kad yang baru supaya no kad yg sedia ada dibatalkan oleh pihak bank.

    ReplyDelete
  37. nombor yang digunakan ialah : 0162627651 / 0162627649 - saya berurusan dengan perempuan melayu bernama Izzati.

    ReplyDelete
  38. Saya pon dapat call semalam dr no. 0162627684 dan berurusan ngan laki melayu. Katanya dr tourism malaysia nak offer diskaun kad kepada saya. Die dpt tau nama penuh dan no. IC sy. Pastu die tanya sy punya no. Kad kredit dan expiry date. Sy bagi je sampai die tanya alamat umah sy br sy curiga. Sy xmau bagi dn ckp tunggu sy chek online dulu tentang diskaun kad ni.. die terus hang up panggilan tu. Pastu sy dah call bank dan dah sahkan tiada transaction yg dibuat. Nasib baek xkena tipu! Korang kena bhati2 pasal benda yg free..

    ReplyDelete
  39. Dalam ni ade ke keldai celebrity card centre,dah la korang tpu aku,banyak benefit konon kad touch n go pun x boleh pakai puiih,last year korang telepon aku dah ckp x nak sambung kan benda alah ni,ni korang telepon lagi siap ugut nak saman aku,try come n get me,kita tgk siapa yang kena puiihhh

    ReplyDelete
  40. tadi pagi baru kena tipu. lepas call card centre dah lewat. lain kali berhati-hati. saya pun kena beringat diri sendiri. keluar duit beli pengajaran.

    ReplyDelete
  41. i just received their call, same tel no. they knew my name, IC, credit card no. after that they asking my card expired date & CIV No. lucky i give them fake no. 10 minute later they called me again and aks me to confirm with my bank to release the payment. "if canot, jz cancel!!! dont waste my time!!! "

    ReplyDelete
  42. Sy pn br lg d kol no ni pg td-0162627641..dia minta nama pewaris n minta byr renew card for 2nd yr..i said wat d heck is this?last yr kol ckp byr renew n bole tls surat batalkn je..dh byr dh last yr n tba2 arini suh byr lg..mau x mgamuk..dh la 2 kali bodo..kad ni x gna pn..dh ckp dh last yr..xnk renew tp las2 bg gok sbb mls nk pk..1st time tu dia cite mcm2 la..insan tpilih dpt kad ni,byr skali seumur idup je..tu cite 2013..pastu 2014 suh renew..this 2015 suh renew lg..mmg dasar penipu la celebrity kad..mkn duit hsl tipu org jela

    ReplyDelete
  43. So far sy xdak mslh dgn pihak celebrity card ni. Da 2x pon g holiday, semua diorg yg uruskn

    ReplyDelete
  44. SOLUTION bagi yg terkene.. kesian syer tengok ANDA yg ditipu ni.....

    syer officer kredit kad salah stu bank di malaysia ni.... banyak syarikat2 luar EMC, CELEBRITY CARD,IRNA YAKIN,SUASA KENANGAN dan laen2 nama lagi....modus operandi sama kebanyakan melalui panggilan... ada syarikat ni berdaftar & valid TAPI agent2 yang buat hal atu nama laen "MENIPU" kejar target....

    ape yg perlu buat??

    1)AMBIL BERAT, maklumat atas kad (no kad, tarikh luput & CVV(no belakang) TAK BOLEH nak dedah pada pihak luar. sekarang even 2 maklumat(no kad & tarikh luput) pn dyeorg dh leh potong. senang citer, jgn "lembik" mulot tuk beri details... It's your right not to reveal info. PIHAK BANK tiada keperluan detail2 ni
    semua kecuali untuk tujuan pengesahan penggunaan..bank boleh tukar soalan laen untuk pengesahan...kalau x yakin bank call, returned call number belakang kad... SENANG...

    2)panggilan anda DIREKOD... jadi sepanjang perbualan kalau ada "yes" "bersetuju" "OKAYlah" "jadilah" atau "bolehlah" dll dijadikan bukti tanda persetujuan ANDA... menyesal xguna.... kerna mulot kad binasa...

    3)Macam maner dyeorg dapat IC, alamat, nama penuh??

    SENANG.... pernah register sim kad? pernah register member pasar raya? pernah apply bantuan kerajaan? atau ape2 borang pendaftran sebelom ni?... itu lah sumber2 dyeorg... dapat dri maner atau cara cmner sayer xnak buat tuduhan.... PIHAK BANK TIDAK dedahkan maklumat kad dekat pihak luar sebab dh ade PERSONAL DATA PROTECTION ACT

    4) bagi yg dh terdedah... elok tukar kad baru... detail kad baru.bimbang nanti in future de lagi yg laen... pihak luar ada KECENDERUNGAN untuk KONGSI maklumat dengan pihak LUAR yg laen... berani tanggung risiko?? terpulang....rugi la RM50 tapi okay la dri ratus..ratussss

    boleh dapat balik ker?

    *BOLEH... tapi dengan syarat buat laporan segera dengan bank paling lambat 1-2 bulan lepas transaksi.
    BERSYARAT juga, tiada persetujuan dari ANDA melalui panggilan, sms atau reply surat dri pihak saner.
    Pihak CHARGEBACK bank akan deal dengan syarikat2 ni nanti... dapat refund bergantung pada bank. biasanya sebulan & ke atas. COMFIRM dapat kalau xde persetujuan yer... lambat dengan cepat jer..

    itu sahaja... ingat KAD KREDIT ADA KELEBIHANNYA, tapi PERLU HATI2... terpulang lerrr...

    ReplyDelete
Post a Comment