buai oh buai...

Anamarza
0
Hari ini saya tergerak hati ingin cuba menidurkan Rifqi didalam buai (sebab rifqi selalu tak lena bila tidur siang). Baru je beberapa saat letakkan Rifqi dalam buai, kakaknya datang dekat ingatkan nak tolong buaikan Rifqi, tapi rupa2nya dia cemburu. Humaira terus meminta dimasukkan ke dalam buai, terpaksa la keluarkan rifqi dan buaikan Humaira pulak. Nampak gayanya tak berbuai la rifqi, kena tunggu sampai Humaira pandai bertolak ansur je la.
Sebelum ini Humaira tak pernah berbuai (masa kat rumah sewa kat sentul), Kalau ada pun sekali sekala sahaja tu pun bila balik ke kampung saja. Humaira mula kerap berbuai dari bulan 12 dulu sebabnya susah nak tidur kan dia pada waktu siang, dia kalau tak tidur siang asyik meragam saja, jadi serba tak kena.
Bila difikirkan elok jugak Rifqi tak tidur buai, ya la berbuai ni ada buruknya jugak, kalau nak pergi balik kampung suami ke atau nak pergi ke mana2 tak da la dia teringat nak berbuai bila waktu nak tidur. Tambahan pulak buaian ni juga boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan yang paling teruk boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi (menurut kajian) seperti pendarahan otak atau subdural haemorrhage.
Pendarahan otak ini boleh terjadi disebabkan otak bayi itu sendiri sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak. Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural. Sebenarnya , yang menjadi kan buaian itu berbahaya berpunca dari pergerakan melantun buai dengan springnya yang mana menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat juga boleh menghasilkan kecederaan yang sama.
Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding (dalam kes tidak sengaja atau kanak2 yang membuainya). Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus. Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai.
Kesimpulannya, atas keputusan kita sendiri jugak la yang tentukan samaada nak tidokan anak dalam buai atau tidak. Sekiranya pilih buaikan anak, sentiasa beringat supaya membuai secara perlahan dan sentiasa awasi atau perhatikan sekali sekala anak didalam buaian(jangan asyik buat keje atau tonton tv je), dan sekiranya meminta si kakak atau si abang untuk membuaikan si adik awasi la selalu agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini.
Sebab tu la saya tak yakin nak tidurkan rifqi dalam buai, takut juga kalau Humaira 'terlebih' rajin nak membuaikan adiknya nanti. Rifqi tak jadi tidur tu satu hal, takut cara dia buaikan tu boleh menyebabkan rifqi terjatuh, Humaira ni boleh tahan jugak kasarnya....


Rujukan : http://mypermatahati.com baik buruk anak tidur buaian
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)