Bengkak susu...

Anamarza
0
Saya tidak pernah mengalami bengkak payudara sampai demam, tetapi saya pernah melihat seorang wanita orang asli (semasa dihospital) dan seorang wanita cina( di klinik) menghadapi masalah ini. Wanita orang asli itu mengalami masalah ini disebabkan anaknya ditahan di wad kanak2 sebaik dilahirkan dan disebabkan dia baru lepas pembedahan dia tidak dibenarkan berada bersama anaknya. Ini menyebabkan payudaranya membengkak, kelihatan berkilat dan penuh semasa dia sedang memerah payudaranya(dah dia buat free show kat wad tu bukan pandai nak cover pun). Itu pun setelah di tegur oleh doktor barulah dia perah, sebabnya dia dah demam dan dia cuma dibenarkan melawat anaknya pada waktu tertentu sahaja. Manakala, wanita cina tersebut datang ke klinik semasa dalam pantang disebabkan merasa sakit pada payudara disebabkan bengkak dan hampir mengalami demam kerana tak memberi susu badan ke anaknya. Menurut jururawat kat situ kebanyakan wanita kaum cina tidak suka memberi anak mereka susu badan. Bengkak susu atau bengkak payudara ini merupakan kejadian biasa bagi ibu2 selepas bersalin ini kerana:

Dalam masa 2 ke 3 hari selepas bersalin, ibu mungkin mendapati payudaranya bengkak berdenyut-denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa. Kadang-kadang bengkak itu akan merebak sehingga ke ketiak. Ibu juga mungkin mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya sementara.

Apa penyebabnya?

Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara iaitu lebih banyak darah akan mengalir ke payudara dan sedikit ke kawasan bengkak, menyebabkan payudara menjadi penuh dan membengkak. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel. Kebiasaannya berlaku selepas 72 jam bersalin, dimana susu yang terhasil melimpah-limpah untuk bayi. Kebengkakan ini juga boleh berlaku samada bayi tidak menyusu dengan kerap, diberi susu formula atau bayi menghisap dari puting sahaja.

Tanda-tanda dan gejala:

Tetapi tidak semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan banyak dan mengeras, ada juga yang mendapati payu dara mereka nampak berkilat, sakit, tegang dan keras serta agak panas apabila dipegang. Malah, bahagian areola juga mungkin akan kelihatan pejal. Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana baru bersalin dan masih kepenatan.

Komplikasi/kesan sampingan:

Kebengkakkan payu dara boleh menyebabkan:

  • Kesukaran untuk bayi menyusu
  • Kesukaran untuk mengeluarkan susu
  • Demam

Rawatan dan Pencegahan:

Pembengkakan ini sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu untuk bayi. Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebengkakkan payu dara:

  • Jangan berhentikan penyusuan.
  • Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah.
  • Susukan bayi anda dengan kerap. Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari atau setiap 2 ke 3 jam, walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu.
  • Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan atau perah sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
  • Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
  • Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk yang seterusnya..
  • Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu.
  • Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.
  • Pastikan bayi menghisap dari aerola.
  • Elakkan bayi anda menghisap ketika areola( bahagian gelap putting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.
  • Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat
  • Elakan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat meyusu. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakan
  • Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan mnegurangkan ketegangan dan ketidakselesaan
  • Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doctor.
  • Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan memburukkan keadaan.
  • Mandi dengan air suam. Jika dirumah anda ada pemanas air, setiap kali mandi anda boleh siram payu dara dengan air suam. Ini untuk membantu melancarkan saluran susu yang tersumbat.
  • Letak kobis

Berapa lama akan berpanjangan:

Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh dengan susu.

Bolehkah ibu terus menyusu:

Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau menangis.

Adakah ini akan memberi kesan kepada bayi:

Tidak. Sebaliknya anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.

Rujukan: http://www.myhealth.gov.my , http://www.mybengkung.com/masalahsusuibu.html , http://www.bengkungmoden.com/blog/breastfeeding-menyusukan-bayi/bengkak-susu-selepas-bersalin.
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)