Tag baby ...???

Anamarza
0
Ramai yang tidak ambil kisah akan pentingnya tag untuk bayi baru lahir. Bayi baru lahir ditagkan dengan warna biru untuk bayi lelaki dan merah jambu untuk bayi perempuan. Pada tag ini dicatitkan B/O diikuti nama ibu, no. kad pengenalan ibu, tarikh dan masa dilahirkan. Bagi si ibu pula dia akan memakai tag berwarna putih dan dicatitkan nama dan no. kad pengenalan ibu. Tag ini akan ditanggalkan apabila keluar daripada hospital (bergantung pada ibu nak tanggal sebaik keluar dari hospital atau apabila sampai dirumah).

Sebelum ini saya tidak mengambil pusing akan kepentingan tag ini sewaktu tinggal dihospital, tetapi apabila terkena atas hidung sendiri baru la terasa menyesal sendiri. Walaupun kejadiannya tak la besar mana tapi, bila difikir balik secara dalam2 rasa bersyukur pun ada kerana tak terjadi perkara yg tidak diingini (InsyaAllah) seperti yg pernah dilaporkan didalam surat khabar tidak brape lama dahulu.

Semuanya gara2 saya dirujuk dari hospital lain (sewaktu bersalin baru2 ini) untuk persediaan menjalani pembedahan c-section kerana mengalami kontraksi bersalin lebih dari 6 jam , bukaan pintu rahim yang cuma 6cm dan bayi berkeadaan songsang. Tah la mungkin sebab hanya menunggu isyarat dari dewan bedah atau keadaan yg agak kelam kabut pada waktu itu (mungkin juga jururawat disitu terlupa) menyebabkan saya dan bayi saya tidak mempunyai tag masuk hospital.

Dalam keadaan letih, lesu dan tidak bermaya ditambah dengan risau akan suami, mak dan abah yg berkemungkinan sedang menunggu depan dewan bedah menyebabkan saya tidak perasan yang anak saya tidak dipakaikan tag dikakinya. Sedar pun bila tukarkan baju bayi pada sebelah petang tapi salah sendiri juga tak ambil sebarang tindakan(paling kurang pun saya patut bertanya dengan jururawat..)

Yang menjadi masalah ialah semasa hendak keluar dari hospital pada keesokan harinya. Semasa melalui pengawal keselamatan dipintu masuk/kelur wad, mereka akan periksa kaki bayi dan tangan ibu samaada pakai tag atau tidak (ya la untuk kepastian mana tau bawa lari anak orang ke). Tersentak juga la waktu tu tapi nak salahkan siapa, salahkan hoapital yang mempunyai staf yang tidak bertanggungjawab dan tidak teliti dalam membuat kerja atau salahkan diri sendiri yang tak prihatin akan kepentingan tag???

Pengawal keselamatan tu terangkan kenapa terpaksa dilakukan prosedur seperti ini, katanya takut bayi tertukar sewaktu dimandikan pada sebelah pagi( baby mandi sekali sehari je). Tah la alasan dia tu kurang kukuh, cakap la takut ada yang larikan bayi orang lain ke. Kalau kata nak tertukar masa mandi peratusannya kecil sangat ya la semua bayi ada tag kat kaki (cuma kes terpinggir macam saya ni je yg tak de tag) lagipun bukan dia mandikan semua bayi sekaligus(seorang demi seorang je pun). Dan sebagai seorang ibu yang dah bersama dengan bayi sehari semalam takkan tak kenal anak dia lagi kot, patut dah perhati ada tanda lahir ke, muka macam mana ke, warna kulit ke, apa2 je la.

Kalau kata nak tertukar sebaik dilahirkan pun, rasanya hospital lain mungkin la kot. Hospital SHAS ni menyediakan tempat bayi sekali didalam bilik bersalin, bayi cuma dibawa keluar sebaik dilahirkan untuk dibersihkan, ditimbang dan diukur sahaja dan terus dibawa masuk semula(pendek kata belum sempat luka siap dijahit bayi dah dibawa masuk semula). Melainkan memang ada komplot nak menukarkan bayi sahaja yang memungkinkan bayi tertukar, ada tag ke tak de tag ke klau dah ada komplot macam ni bayi tetap akan tertukar....

Pengalaman ini memang memberi pengajaran yang sangat berguna. Kebanyakan manusia cuma akan belajar setelah sesuatu kejadian itu berlaku. Saya harap saya tidak akan bergantung dengan melakukan kesilapan dahulu baru belajar....
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)