Placenta Previa vs. Low Lying Placenta

Pertama kali doktor suspect saya mengalami placenta previa, rasa tersentap jantung. Dalam fikiran terbayang pembedahan c-section atau seaserean, sebabnya tiada pilihan lain bagi seorang ibu yg mengandung selain terpaksa dibedah sekiranya mengalami situasi sebegini. Syukur kepada Allah, setelah dirujuk pakar O&G, doktor pakar mengesahkan saya mengalami low lying placenta atau placenta previa separa. dibawah adalah penerangan berkaitan low lying placenta dan placenta previa.

Kedudukan uri dibahagian bawah atau dikenali sebagai 'low lying placenta' adalah merupakan kedudukan placenta yang tidak berada diposisi pada kebiasaannya iaitu kebanyakan di bahagian atas tengah rahim.Terdapat kemungkinan besar untuk seseorang ibu yang mengalami 'low lying placenta' diawal kandungan akan dapat bersalin secara normal Walaubagaimana pun , ini memerlukan pemeriksaan ante-natal yang rapi oleh doktor yang merawat. Ini bergantung kepada jenis atau 'type' of lying placenta yang dialami serta masalah-masalah sampingan yang lain.

Selalunya doktor yang merawat akan menasihatkan supaya menjaga kesihatan dengan membanyakkan memakan zat-zat besi disamping mengelakkan diri dari kecederaan dan mengangkat benda2 berat serta menjauhi hubungan kelamin buat tempoh tertentu(jika jenis placenta tersebut benar-benar menutupi keseluruhan pangkal rahim). Elakkan melakukan urutan tradisional kerana tiada yang boleh mengerakkan uri tersebut dari bahagian bawah ke bahagian atas rahim.

Apakah jenis-jenis plasenta previa?

Image
Plasenta previa boleh terjadi secara lengkap, separa, pinggir, atau mendatar.

  1. Previa lengkap (sepenuhnya) bermaksud uri menghalang keseluruhan bukaan pangkal rahim
  2. Previa separa bermaksud hanya sebahagian uri menghalang bukaan pangkal rahim.
  3. Previa pinggir bermaksud uri berada sedikit sahaja di bahagian bukaan pangkal rahim dan tidak menghalang bukaan tersebut.
  4. Previa mendatar ialah keadaan di mana uri berada berhampiran dengan bukaan pangkal rahim.

Previa lengkap boleh mengancam nyawa, kerana itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean bagi mengelakkan pendarahan yang banyak jika cuba dilahirkan melalui saluran faraj biasa. Jika kehamilan anda berusia 35 minggu atau lebih, doktor mungkin melakukan pembedahan Caesarean. Walau bagaimanapun, jika pendarahan berlaku sebelum tempoh ini, anda mungkin diminta untuk berehat di hospital dan diberi rawatan konservatif. Berbaring dan berehat di tempat tidur adalah rawatan yang terbaik untuk mengelakkan pengecutan rahim yang boleh menyebabkan pendarahan. Jika kehamilan anda berada dalam minggu ke 28 atau lebih dan anda mengalami plasenta previa, tetapi tidak berdarah, doktor mungkin menasihat anda supaya berehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja berat. Jika pendarahan berlaku, anda mungkin dimasukkan ke hospital untuk dipantau dan diberi rawatan lanjutan, jika perlu. Cuba elakkan dari melakukan persetubuhan atau melalui pemeriksaan pelvis kerana ini boleh menyebabkan pendarahan.

Plasenta previa boleh dikesan melalui penggunaan peralatan ultrasound. Kebanyakan kes dapat dikesan menggunakan teknik ini walaupun di peringkat kehamilan yang lebih awal. Jika uri menutup bahagian bawah rahim semasa 7 bulan mengandung, diagnosis plasenta previa akan dibuat. Oleh yg demikian, adalah amat penting bagi bakal2 ibu untuk menjalani pemeriksaan ultrasound. Sekiranya klinik yang kita kunjungi bagi lawatan pemeriksaan bulanan tidak menyediakan perkhidmatan ultrasound / scan, seeloknya kita berusaha dengan pergi ke klinik swasta (cthnya). Ini untuk kebaikan bakal ibu dan bayi dalam kandungan agar perkara yg tidak sepatutnya dapat dielakkan.

Rujukan: Ratuhati.com

Comments

Popular Posts