Panduan Pemilihan Tudung Sekolah untuk Tampil Kemas dan Selesa

Anamarza
0
Hai Ibu Ayah  🌟Semestinya sebagai ibu ayah, kita nak anak-anak tampil kemas dan selesa dengan tudung sekolah mereka, bukan? Pernah terfikir tak bagaimana cara nak pilih tudung sekolah yang sesuai, kemas dan selesa untuk anak ? 




Jom kita berbual santai tentang pemilihan tudung sekolah untuk anak-anak, agar mereka kelihatan kemas dan rasa selesa sepanjang hari. Mari lihat tips dan jenis tudung yang patut diberi perhatian!

1. 🌈 Material Tudung 
Pertama-tama, pilihlah tudung yang menggunakan material yang selesa , sejuk , ringan, less ironing / mudah digosok. Pastikan anak kita selesa memakainya sepanjang hari dan tidak menggangu aktiviti mereka , serta anak-anak boleh fokus sepenuhnya pada pembelajaran tanpa rasa terganggu.


 2. ✂️ Cutting Tudung 
Pemilihan Cutting Tudung yang betul, dapat mengelakkan tudung 'menggelebeh' dan terlebih panjang hingga mengganggu pergerakan anak-anak yang aktif. Boleh cuba Tudung Sekolah dengan Cutting S shape seperti tudung sekolah keluaran TUDUNGSICOMEL


3. ðŸŒŸ Saiz 
Pemilihan saiz yang sesuai perlu di titik beratkan. Lihat carta ukuran saiz yang di beri oleh penjual, Jika masih tidak pasti, minta pendapat penjual. Libatkan juga anak dalam proses pemilihan saiz. Mintalah pendapat mereka dan perhatikan ukuran labuh mana yang mereka suka pakai.

4. ðŸŒ¸ Tudung Sarung Vs. Tudung 2 Lapis
Seperti mana pemilihan saiz, dalam pemilihan jenis tudung antara tudung sarung berawning dengan tudung 2 lapis, tanyakan juga pendapat anak. Mana satu yang mereka lebih selesa. Ada anak-anak terutama yang berada di tahap 2 sekolah rendah, lebih berminat dengan tudung 2 lapis. Namun jika untuk tahap 1, tudung sarung patut dijadikan pilihan utama kerana sifatnya yang lebih mudah dipakai. Apa pun bergantung kepada peraturan sekolah juga.

5. ðŸŒ‚ Awning Biasa atau Awning Scuba 
Untuk tudung sekolah jenis sarung, ada 2 pilihan awning . Jika mahukan awning tudung on point , terletak je bila di pakai boleh pilih awning scuba. sekiranya lebih suka awning yang jenis sedikit melekap di muka, pilih la awning biasa. Apa-apa pun terpulang pada selera dan keselesaan anak kita.

6. ⚪️ Warna Putih Nila atau Putih Mutiara
Terdapat 2 pilihan tudung sekolah warna putih iaitu putih Nila atau Putih Mutiara. Ada ibuayah yang tak pasti nak pilih warna putih yang mana satu. Kedua-duanya boleh dipakai, tinggal lagi sesuaikan pilihan waran putih dengan warna baju sekolah . Jika baju sekolah berwarna putih nila, seeloknya pilih tuudng warna putih nila juga. Jika baju sekolah berwarna putih mutiara, pilih baju warna yang sama. Baru lah serasikan?

7. 🌈 Warna : Persatuan atau Pengawas
Yang ini pun perlu di beri perhatian, kena comfirmkan betul-betul persatuan apa anak kita masuk dan pengawas apa yang anak kita sandang. Setiap sekolah ada pemilihan warna tudung untuk setiap jawatan pengawas di sekolah, samaada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan selainnya. Ada sekolah Tudung untuk hari yang ada pendidikan jasmani juga ada di tetapkan. Kebiasaanya warna Hitam. Jadi selain warna putih, ibu ayah perlu tahu tudung warna apa yang perlu disediakan.

8.  ðŸ§• Jenis TudungPastikan jenis tudung mematuhi peraturan sekolah dan sesuai untuk aktiviti anak. Terdapat pelbagai jenis tudung yang boleh dipilih. Dapatkan panduan dari sekolah jenis tudung yang boleh di pakai. Antara jenis tudung yang di maksudkan ialah:
1. Tudung Sarung - Awning Lembut atau Awning Scuba
2. Tudung 2 lapis
3. Tudung awning dagu bergetah
4. Tudung labuh (sekolah agama) - Tudung Sarung / Tudung 2 lapis , Berdagu . Tidak berdagu
5, Tudung Berdagu labuh / biasa

Jadi, Ibu Ayah, pilih la tudung yang bukan sahaja memenuhi keperluan sekolah tetapi juga membuatkan anak-anak lebih selesa, lebih aktif, dan lebih fokus sewaktu belajar. Lagi pun, seharian anak-anak bertudung di sekolah pastinya tudung  yang selesa sangat penting untuk mereka !

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)