UNTUKMU WANITA: Kupasan Tentang Hukum Haid, Nifas dan Istihadha

Anamarza
0
Hai semua, hari ini saya sangat bersemangat untuk berkongsi tentang sebuah buku yang tidak hanya informatif, tetapi juga mempunyai keistimewaan tersendiri - "UNTUKMU WANITA: Kupasan Tentang Hukum Haid, Nifas dan Istihadhah". 



Mengapa perlu ambil tahu? Kerana Haid adalah fitrah kejadian ke atas setiap wanita. Oleh itu, memahami dan menghormati hukum-hakam berkaitan dengan haid, nifas, dan istihadhah adalah satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. 


Kenapa  Buku "Untukmu Wanita" ini Istimewa?

Buku ini bukan sekadar buku biasa; ia adalah sebuah rujukan yang sangat padat yang membawa kita menelusuri hukum-hakam fiqh darah wanita dengan cara yang sangat mudah difahami.  Buku ini memaparkan hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan dengan haid, nifas, dan istihadhah. Ditulis dengan bahasa yang ringkas dan lengkap dengan gambar serta jadual, ia menjelaskan isu-isu yang sering kali membingungkan. Inilah kepentingan buku "Untukmu Wanita", yang membincangkan secara terperinci hukum-hakam fiqh darah haid, nifas, dan istihadhah menurut mazhab As-Syafie.


Apa Yang Dibincangkan dalam Buku Ini?

Buku ini merangkumi 8 bahagian utama yang memberikan gambaran yang menyeluruh tentang persoalan-persoalan penting dalam fiqh darah wanita. Antaranya, ia membincangkan waktu solat apabila terjadi situasi darah haid sudah berhenti tetapi kembali keluar, cara menyelesaikan masalah jika darah haid keluar lebih dari 15 hari, dan membezakan antara perkara halal dan haram ketika datangnya darah haid. 



8 bahagian utama yang dimaksudkan :
  1. Pengertian Asas: Haid, nifas, dan istihadhah serta hukum kelembapan faraj.
  2. Fasa Haid: Umur wanita yang mungkin mengalami haid, tanda-tanda baligh, dan tempoh haid.
  3. Fasa Nifas: Syarat, tempoh, dan hukum-hakam nifas.
  4. Fasa Kesucian: Bilakah wanita dikatakan haid atau suci, serta tanda-tanda suci antara dua haid.
  5. Amalan Ibadah: Solat, puasa, dan ibadah lain ketika dalam keadaan haid, nifas, atau istihadhah.
  6. Wanita Istihadhah: Hukum dan amalan bagi wanita istihadhah.
  7. Aspek Khusus dalam Istihadhah: Panduan bagi wanita istihadhah dalam beribadah.
  8. Wanita Istihadhah Ketika Nifas: Panduan bagi wanita istihadhah ketika nifas.



Kelebihan Buku Ini:

  • Penyampaian bergambar dan berwarna yang menarik minat pembaca.
  • Rujukan utama yang padat, ringkas, dan mudah difahami.
  • Sesuai untuk digunakan di institusi pendidikan mahupun di rumah.
  • Memberikan pemahaman yang mudah tentang waktu solat ketika darah haid berhenti tetapi kemudian keluar semula.
  • Mudah memahami cara menyelesaikan masalah berkaitan dengan darah haid.
  • Membezakan antara perkara halal dan haram berkaitan dengan haid.
  • Mudah memahami perbezaan antara darah haid dan istihadhah. 
  • Memahami solat yang patut diqadha selepas selesai mandi wajib.

Jadi, jom kita ambil peluang ini untuk memperluas pengetahuan kita tentang fiqh darah wanita melalui bacaan yang bermakna ini. Ambillah peluang ini untuk memperluaskan pengetahuan kita tentang fiqh darah wanita. Dengan ilmu, kita akan lebih yakin dan bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan sebagai wanita Muslimah.  Lagi pulak, ilmu adalah kunci ke arah kefahaman yang mendalam tentang agama kita. 

Selamat membaca! 📖✨

Untuk Tempahan boleh Klik Butang Di Bawah 
.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)