Jom jaga tudung dengan penuh style! 🌸✨

Anamarza
0
Salam ibu ibu yang awesome ! Apa khabar korang? Hari ni lensaana nak kongsikan beberapa tips yang berguna untuk menjaga tudung sekolah anak anak kita. 



Anak-anak zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman kita membesar dulu terutama ibu-ibu yang membesar tahun 80an dan 90an. Sebab apa tahun 80an dan 90an sebab admin sekolah rendah penghujung 80an dan awal 90an. Masa zaman tu, tudung senget tu tak menjadi isu penting pun. Sebab dalam kepala seronok nak pergi sekolah nak main (hahah bukan fikir nak belajar sangat pun kan) . Tambahan pulak kalau dah main waktu rehat, main pulak lompat tali getah, memang tudung senget benget tu biasa. 

Tapi anak-anak zaman sekarang, sekolah rendah pun dah mementingkan penampilan diri. Tudung nak kena sentiasa on point, kemas terbentuk. Tapi yang jenis sempoi tu tetap ada jugak la kan. Jadi jika tak betul cara membasuh tudung boleh rosak, awning tak terbentuk , sampai boleh jadi "bad tudung day," Jangan risau, kita ada tips padu untuk jaga tudung anak korang supaya tetap lawa! 

1. Jangan Campur Tudung dengan Pakaian mudah 'Luntur'

Ni tip asas tapi serius penting. Pastikan tudung tidak dicampur dengan pakaian yang warnanya cenderung luntur apabila dibasuh. Kalau tak, nanti tudung anak korang jadi pelik, warna tak kena!

2. Cuci dengan Lembut, Jangan Ramas Kuat-Kuat

Nak cuci tudung dengan tangan, jangan la feeling ramas macam tengah knead dough roti. Cukuplah dengan Celup-celup sikit, angkat-angkat, ulang beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci. Simple je! Pastikan "Say No' kepada penggunaan berus!

Jadi Rosak Tudung bila guna berus



3. Mesin Basuh Jadi BFF Tudung

Kalau zaman sekarang ni takde mesin basuh, macam mana nak hidup, kan? Boleh je nak basuh guna mesin basuh. Tapi ingat, set betul-betul, gunakan pengaturan yang sesuai dan hindari mencampur tudung dengan pakaian yang berat.

4. Mengurangkan Penggunaan Mesin Pengering

Mesin pengering boleh mempercepatkan proses pengeringan terutama masa musim hujan, tetapi jangan selalu sangat guna mesin pengering, nanti tudung cepat rosak. Biar tudung mengering secara semulajadi,

5. Iron tudung dengan Penuh Kasih Sayang

Apabila menyeterika tudung, pastikan suhu seterika berada pada tahap yang sederhana – tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Selain itu, setrika hanya pada bahagian tudung sahaja, awning jangan kacau okey, risau tak kena gaya rosak pulak nanti. Dah tak on Point. 

So, korang try lah tips ni. Mudah-mudahan tudung anak korang tetap gorgeous. Kalau korang ada tips lain, share la dengan kita kat ruangan komen. 


Kalau nak beli Tudung Klik je link di bawah ya:

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)