Tak risau dah tinggal pokok tanpa di siram 2 hari.

Bermula dari pertengahan tahun lepas, kami memang banyak berulang balik ke kampung disebabkan faktor anak nombor 2 yang menetap dan bersekolah di sana. Bilamana pembinaan rumah kami di kampung mula di bina pada bulan 5 baru ni lagi kerap kami berulang. Boleh kata hampir setiap minggu jugak berulang aliknya tu.

Bila dah kerap tinggalkan rumah tu faham-faham je lakan, paling kurang 2 hari jugak pokok  tidak bersiram. Lebih parah masa waktu musim panas baru ni, dah la kesemua pokok tanam dalam pasu, jenis tanah poros pulak tu. Memang mengundang sangat la kalau ditinggalkan tanpa bersiram untuk tempoh 2 hari. Pernah jugak tinggal lebih dari 2 hari, sampai rumah je tengok pokok dah semakin layu. Sedih!



Kesian kat pokok punya pasal, ada jugak la beli lampin pakai buang kat shopee untuk diletakkan di pangkal pokok.  Selain tu, setiap kali ada botol air  bergas bersaiz besar yang dah habis diminum, memang akan digunakan semula. Isi air, tebuk lubang sebesar jarum dan tanam (separuh botol) dekat dengan pangkal pokok. 



Ya 2 cara ni memang agak sedikit membantu la jugak. Cuma kalau kaedah guna botol tu, bila lama2 lubang di bawah tu macam tersumbat sedikit menyebabkan air tak keluar. Pernah juga cuba saliran air penyiram yang ada timer tu, beli dekat shopeeje,  tapi try dekat beberapa pokok sahaja. Mungkin faktor kurang ilmu, jadinya tak berapa nak berjaya. Lagipun leceh jugak sebab dah memang rancang nak berpindahkan, kalau pasang untuk semua pokok nanti jadi kerja pulak nak tanggal bila sampai masa nak berpindah.

Cari punya cari kaedah nak bagi pokok tak layu atau kurang terkesan bila ditinggalkan tanpa bersiram, terjumpa la kaedah guna gel penyimpan air jenis hydrostock. Harga memang sedikit mahal jika nak banding dengan penggunaan lampin pakai buang. Tapi tak pa la kan, selagi kita tak cuba kita tak tahu hasilnya macam mana. 


Sikit Maklumat tentang gel Hydrostock ni, ianya berfungsi seolah-seolah seperti tangki simpanan air kat bawah tanah. Ia akan menyimpan air dengan banyak (berganda saiz asal sewaktu gel masih kering) ketika waktu penyiraman, dan membekalkan kembali air ketika pokok memerlukan. Katanya gel ni  mampu bertahan di dalam tanah sehingga 8 tahun (Bergantung kepada jenis/gred Hydrostock jugak). 


Macam menarik kan?

Tapi memang menarik pun, sebab pokok walau ditinggal-tinggalkan, masih agak segar walau cuaca boleh kata panas terik. Jadi kalau korang nak cuba boleh beli di laman web pengedar rasmi 
Hydrostock Water Retention Gel. Klik je Kat bawah ni ya:



Untuk produk ni kami (lensaana.com & Anamarza Shoppe) tak jual ya. Kami cuma kongsikan apa yang kami dah guna dan ianya berguna pada kami. Harap produk ni juga dapat bantu masalah korang nanti. Sharing is caring bak kata omputih . 



Comments

Popular Posts