10 Panduan menggayakan tudung yang perlu di ambil Kira

Anamarza
0

Pelbagai jenis tudung boleh anda dapati di pasaran. Pilih sahaja mana satu gaya yang anda mahukan; Shawl, Pashmina, Bawal, Tudung Square, Instant Shawl 2 Muka, Instant Shawl Berawning, Instant Shawl Inner Bersilang, Tudung Syria, Instant Shawl Loose Style, Tudung sarung Awning Lembut, Tudung Sarung Berdagu dan pelbagai lagi.



Tetapi, sebelum anda memilih satu tudung, anda perlu pastikan ia sesuai dengan anda. Kalau tidak, Mungkin penampilan anda akan nampak kurang sesuai. Pemilihan bukan sekadar jenis tudung sahaja, ia juga melibatkan jenis material, warna, jenis corak, cutting tudung, padanan pakaian dan bentuk muka seseorang itu.



Ini ada beberapa panduan yang boleh di ambil kira sebelum anda memilih sesuatu tudung itu.










1. Jenis Kain - Pilih tudung yang diperbuat daripada kain kapas dan chiffon kerana ia selesa dipakai dan berupaya menyerap peluh. Seeloknya pilih tudung yang tidak jarang, tebal tapi tidak terasa panas bila memakainya. Sekiranya Tudung Yang sudah berkenan itu agak jarang, pastikan anda memakai inner yang bersesuaian. Pemilihan fabrik yang berkualiti juga amat penting, jangan sampai tudung yang kita beli itu dari jenis mudah berbulu, susah dibentuk serta keras.



2. Rekaan Tudung - Pastikan rekaan tudung yang anda pilih sesuai dengan bentuk muka anda. Ada sesetengah fesyen tudung hanya sesuai digayakan mengikut bentuk muka tertentu. Kenal pasti bentuk muka anda terlebih dahulu ya. Sebagai contoh, bentuk muka yang agak berisi atau chubby disarankan memilih rekaan hijab yang boleh memberikan kesan wajah yang nampak tirus.



3. Corak yang sesuai - Rekaan corak tudung yang anda pilih hendaklah sesuai dengan busana yang anda gayakan. Pemilihan Corak samaada berbunga, abstrak, corak besar atau kecil juga perlu diambil kira. Tudung polos sesuai dipadankan dengan busana abstrak atau bercorak. Manakala baju polos pula sesuai digayakan dengan tudung bercorak. Begitu juga sedikit corak di bahagian tertentu mampu menyerlahkan padanan cukup menarik.



4. Warna Tudung - Pemilihan warna tudung juga penting. Warna tudung yang gelap dan kusam akan menjadikan anda tampak lebih tua. Jadi, elakkan ya.  Jadi bagi yang memiliki kulit cerah tidak ada masalah untuk menggayakan tudung warna cerah atau gelap kerana tiada perbezaan ketara. Cuma jika mempunyai kulit gelap elakkan pakai tudung yang berona gelap juga. Padanan warna tudung  dengan busana juga memainkan peranan, Perlu diingat padanan warna yang serasi  mempu membangkit seri penampilan seseorang.



5. Pilih Anak Tudung (Inner) Yang Sesuai - Anak tudung atau inner mempunyai pelbagai jenis rekaan dan ia tidak semestinya sesuai untuk digayakan untuk semua bentuk wajah. Anda yang memiliki wajah chubby, perhatikan ukuran anak tudung tersebut. Jangan sampai anak tudung tersebut kecil saiznya, sehingga menekan pipi anda. Secara tidak langsung ia membuatkan pipi anda kelihatan semakin chubby. Untuk wajah chubby, sebaiknya pilihlah inner neck jenis awning yang sedikit panjang melebihi tulang pipi. Ia akan memberikan kesan wajah yang lebih lonjong di bahagian tepi sehingga anda boleh menyembunyikan pipi anda yang chubby itu.



6. Lilitan Ringkas namun Tetap Menutup bahagian Dada - Orang kata "LESS IS MORE", simplicity atau Minimalist dalam bergaya ie tidak perlu keterlaluan, cukup dengan lilitan shawl/bawal/tudung square yang ‘simple’ dan mudah sahaja. Gaya ini lebih sesuai untuk wanita yang bekerja dalam sektor korporat atau pendidikan. Namun Sesimple mana pun kita dalam menggayakan tudung Pastikan lilitan kita itu masih tetap menutup aurat yang sepatutnya.



7. Penggunaan Kerongsang atau aksesori tambahan - Tudung yang digayakan akan kelihatan terletak cantik dengan adanya pemakaian kerongsang yang betul. Memilih satu kerongsang besar yang diselit di tepi bahu cukup menyuntik elemen seri pada penampilan si pemakai. Malah tudung digayakan juga kekal cantik dan tidak senget.



8. Solekan Ringkas - Cukup sekadar solekan yang simple dan minimalis. Hanya calitan di bahagian tertentu seperti bibir dengan memilih gincu bibir warna pastel, sedikit pemerah pipi dan juga perapian di bahagian mata sudah mencukupi. "Simplicity with originality is better than super beautiful but imitation'



9. Perwatakan Individu - Tahukah anda bahawa perwatakan anda juga boleh mempengaruhi gaya pemilihan tudung yang sesuai. Wanita yang berperwatakan ceria sebenarnya sesuai menggayakan tudung berwarna cerah dengan rekaan polos atau kurang bercorak/



10. Senyuman Manis - Seorang hijabi itu lebih terserlah ayunya jika sentiasa mengukir senyuman di bibir walau dalam apa jua situasi.





Sumber : Hijabista





Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)