Gula Kabung Benta, Boleh beli secara online !
Selalunya setiap kali balik kampung di Lipis memang gula kabung ni antara barang yang wajib di beli untuk di bawa pulang. Suka buat kuih menggunakan gula kabung. Untuk masak masak yang memerlukan letak gula , memang gula kabung ni lanyang akan menjadi pilihan. Uniknya gula ini ia ada manis yang tersendiri. Hanya yang pernah mencubanya sahaja yang tahu beza gula kabung dengan gula melaka.
Nak dapatkan gula kabung ni tempat yang tersohor pembuatannya adalah di benta , dalam daerah kuala Lipis. Jika yang selalu menonton Majalah 3 di TV3, pasti pernah menonton episod yang memaparkan cara cara pembuatan gula kabung ini kan?
Sekarang tak perlu tunggu balik kampung dah. Kalau rasa nak beli tu boleh beli secara atas talian je dah. Cukup mudah. Bila-bila masa nak, boleh order je. Harga untuk pembelian atas talian ni RM25 dapat 2 ketul gula kabung. 1 ketul ada 2 keping. Berbaloi dah tu kan.
Kalau korang nak cuba macam mana rasa gula kabung ni boleh la klik link bawah ni. Tapi ada masa2 tertentu je ianya dibuka untuk jualan ya. Ikut stok, jika ada stok, ada la rezeki nanti kan.
Comments
Post a Comment